بسم الله الرحمن الرحيم
..
Ujian satu keperitan namun terdapat kebahagiaan didalamnya. Penghijrahan
itu merupakan suatu peralihan cara hidup yang kemudiannya akan
memberi kesan pada masa hadapan. Hijrah itu sinonim dengan perkara
yang akan membawa seseorang itu ke arah kebaikan bukan sebaliknya.
Setiap keputusan untuk melakukan penghijrahan itu datangnya daripada
hati yang inginkan kebaikan dalam diri atau ingin memperbaiki diri.
Bagaimanakah
penghijrahan dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain itu boleh
memberi kesan yang baik dalam kehidupan? Pada zaman Rasulullah
s.a.w.,
Rasulullah diberi perintah oleh Allah s.w.t.
untuk berhijrah ke Madinah, dan perintah itu ditaati semata-mata
kerana Allah s.w.t..
Ancaman oleh orang-orang kafir di tempat Baginda s.a.w.,
iaitu di Mekah bukanlah sebab utama penghijarahan itu berlaku, tetapi
atas perintah Allah s.w.t.
yang pasti banyak hikmah yang akan mendatangkan keuntungan kepada
seluruh umat Islam secara keseluruhannya.
Keperitan
itu dirasai ketika memulakan penghijrahan, namun kebahagiaan yang
diimpikan pasti sedang menunggu jika penghijrahan itu dilakukan
dengan niat yang baik. Penghijrahan itu tidak akan berlaku
seandainya keadaan pada waktu ini sudah aman, tenteram dan damai
(dalam banyak aspek kehidupan). Tercetusnya tindakan seseorang itu
untuk berhijrah adalah disebabkan oleh kurangnya rasa bahagia
di dalam hidupnya kini. Demi menuju kebaikan diri dan umat khususnya,
maka hati yang benar-benar ingin mencari kebaikan di dunia ini pasti
menjadi pemangkin seseorang itu untuk berhijrah demi menuju kebaikan.
Sahabat yang sedang membaca post ini.. sesungguhnya
apa yang telah kita miliki itu bukanlah sesuatu yang perlu
dipertikaikan lagi, kerana pasti, apa yang telah dimiliki oleh kita
sekarang ini merupakan suatu ujian, iaitu ia akan mencerminkan diri
kita sama ada kita mampu atau tidak untuk menghadapi ujian itu, walau
apapun bidang yang diceburi di dalam dunia ini. Peluang itu berada di
mana-mana sahaja, sama ada peluang untuk melakukan kebaikan atau
peluang untuk melakukan keburukan, dan pelbagai lagi peluang yang
sentiasa terbuka untuk diceburi di dunia ini. Sesungguhnya Allah
s.w.t.
telah berfirman dalam surah Al-Baqarah pada ayat terakhir;
“Allah
tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia
mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya dan ia
mendapat seksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya.”
Jika
apa yang kita ada sekarang ini telah kita yakini bahawa ia merupakan
suatu ujian daripada Allah s.w.t.,
maka mengapa melakukan penghijrahan? Adakah ingin lari daripada ujian
Allah s.w.t.?
Jika dahulu penghijrahan Rasulullah s.a.w.
dan para sahabat baginda ke Madinah merupakan perintah daripada Allah
s.w.t.,
maka adakah manusia pada zaman sekarang ini tidak boleh berhijrah
kerana tiada perintah terus daripada Allah s.w.t.
seperti hal penghijrahan Baginda s.a.w? Kita
melihat penghijrahan Nabi s.a.w.
itu sebagai sesuatu yang telah terjadi dan telah kita ketahui
kesannya, maka daripada itu kita melihat apakah makna sebenar
penghijrahan. Penghijrahan yang kita fahami daripada peristiwa
penghijrahan Nabi s.a.w.
merupakan suatu perkara yang membincangkan hal hijrah yang lengkap
dalam aspek kehidupan seharian. Dalam
kehidupan kita, ada hijrah yang dilakukan secara semula jadi atas
usaha yang telah kita usahakan. Manakala ada penghijrahan yang
dilakukan tanpa keadaan yang semula jadi, dan hijrah ini merupakan
hijrah yang memeritkan diawalnya. Ia perit jika tindakan kita itu
dinilai kesannya dengan penilaian yang berkaitan tentang perkara
keduniaan, bukan penilaiaan yang bersandarkan keakhiratan. Penghijrahan
itu suatu perkara yang berat, setiap perkara yang dirasakan berat itu
merupakan suatu bebanan, setiap bebanan yang kita rasai pula
merupakan suatu ujian yang datang daripada Allah s.w.t..
Setiap ujian Allah s.w.t.
itu bertujuan untuk mengesan keimanan dan ketaqwaan kita kepada-Nya,
setiap ujian yang kita hadapi itu hanya bertujuan untuk kebaikan diri
kita, jika bukan di dunia, maka di akhiratlah kebaikan itu muncul.
Sesungguhnya, hanya insan-insan yang sedar akan ujian itu diberikan
kepadanya sahaja yang akan memahami bahawa ia bertujuan untuk
kebaikan. Atas kesedaran itu, maka muncul pula tindakan untuk
menggapai kebaikan di sebalik ujian yang dihadapi. Setiap yang
berlaku itu ada hikmahnya, hikmah itu perlu dicari, pencariannya
haruslah bersama kesedaran yang mengiringi, dan setiap kesedaran itu
harus berteraskan aqidah yang betul dan hakiki di sisi Allah s.w.t..
wallahu'alam
اِنَّ صَلاَ تِيْ وَنُسُكِيْ وَمَحْيَ يَ وَمَمَا تِيْ لِلَّهِ رَبَّ الْعَا لَمِيْنَ
innallah ma'aana