berikanlah cahaya terang selalu..aku bersandar sepenuhnya kepadamu
tibalah izinmu atas harapan ini..
Hujan masih tidak berhenti.. ilham menunggu kepulangan adam.. jam
tepat menunjukkan pukul 11.00 malam. Ilham begitu gelisah melihat jam
yang berdetik..
ilham melabuhkan punggungnya disofa yang empuk.. tangannya mencapai
telefon bimbit nokia miliknya..jarinya perlahan mendail nombor. Masih
tiada jawapan daripada panggilan yang dibuat..hati gelisah membuatkan
dia mengalirkan airmata dipipi. Terlalu lama menunggu hingga dia
melelapkan mata tanpa disedarinya sendiri, tubuh yang kecil terbaring
longlai dengan kehibaan hati yang sedih.
..
thenet..thenet...thnet...
perlahan dia mencapai telefon bimbit mematikan jam yang berdering
kuat.. mata yang masih pejam namun masih mengagahkan diri untuk bangun
menunaikan solat subuh... setelah usai mengambil wuduk kaki yang lemah
melangkah dan mendirikan solat.
..
Kedengaran
seperti pintu rumah dibuka, segera ilham turun kebawah untuk meyambut
kepulangan adam..adam seperti dalam keadaan orang hilang isteri
melangkah masuk ke rumah tanpa menoleh ke arah ilham..
"
abang.." ilham yang datang dan ingin menghampiri adam lalu ditolak
hingga tersungkur di sofa yang empuk itu, lalu adam membiarkan ilham
tanpa sepatah kata.. ilham yang masih lemah terus berada disitu. Airmta
ilham mengalir lagi disebabkan perbuatan adam yang tidak pernah
melayaninya dengan penuh kasih sayang sepanjang bergelar sebagai seorang
isteri.
Tiga tahun telah bergelar isteri, ilham tidak pernah
disentuh adam.. adam yang selalu bersikap bengis terhadap ilham namun
ilham tetap bersabar dengan perbuatan yang dilakukan keatasnya. Pernah
ilham diperlakukan sehingga jatuh maruahnya dihadapan keluarga mertuanya
namun ilham tetap tidak pernah membenci adam. Hal ini hanya disebabkan
perkhawinan yang bukan diatas kehendak masing-masing, adam menerima
ilham hanya atas dasar kehendak orang tuanya, tiada nilai cinta diantara
mereka berdua namun ilham juga begitu. Walaupun ilham tidak pernah
mengenali adam dia telah redha dengan kehendak takdir ilahi yang
menyatukan mereka, ilham gadis yang dinikahi adam ketika berusia 21
tahun menerima kehadiran adam setelah diijab kabulkan. Gadis kampung
yang kaya dengan budi serta didikan agama tidak sesekali memandang buruk
terhadap sesuatu yang telah ditakdirkan dalam hidup. Menjadi isteri
yang taat kepada suami selagi mana suami tidak menyuruh melakukan
perkara yang dilarang allah s.w.t ilham tetap tabah dengan apa yang
dialami kerana syurganya kini adalah dibawah tapak kaki adam.
Ilham
melangkah kaki keatas untuk melihat adam..walaupun badan terasa masih
lemah dia tetap tidak menghiraukan kesihatan dirinya.. perlahan pintu
bilik dibuka, ilham memberanikan diri untuk melangkah masuk kebilik
adam, tetapi adam tidak kelihatan disitu.. tiba-tiba dia ditolak dari
belakang adam yang muncul dari belakang membuatkan ilham terkejut dan
berasa takut dengan kehadiran adam dengan hanya bertuala dan bersinglet
biru..
" apa yang kau buat dalam bilik
aku.." adam yang menengkin ilham sambil menghampiri tubuh kecil ilham
dan menolak-nolaknya, ilham yang semakin takut cuba untuk menenangkan
suaminya namun adam yang seperti orang hilang akal mencempung tubuh
ilham dan menghempasnya diatas katil..ilham yang semakin takut
mengalirkan airmata..semakin lemah tubuh ilham akibat dihempas
adam..lantas ilham menjerit meminta tolong akibat ketakutan dengan
perbuatan adam..suara ilham hampir hilang menjerit meminta tolong namun tidak didengari sesiapa.
Adam seperti orang hilang akal menindih tubuh ilham menyebabkan ilham
tidak mampu bergerak walaupun berkali-kali cuba melepaskan diri dari
pelukan adam..adam rakus cuba mencium ilham namun ilham mengelak dengan
nafsu binatang adam.. ilham berkali-kali cuba menepis ciuman adam kini
adam meleretkan ciumannya ke leher dan dituruti bahagian dada ilham.
Ilham yang tiba-tiba diam tidak melawan nafsu adam membuatkan adam
tersedar dari perbuatannya, adam yang terkejut melihat ilham yang
terkulai pensan dan tidak sedarkan diri..adam berasa takut melihat
keadaan ilham seperti mayat yang tiada nyawa.. dia cuba bangunkan ilham
tapi tiada respon yang diberikan..berkali-kali merenjiskan air dimuka
ilham lama menunggu ilham sedar namun tiada juga hasilnya. Adam berasa
cemas terus mencempung ilham ke dalam kereta BMW miliknya dan membawa
ilham ke hospital..
...
countinue
countinue
Tiada ulasan:
Catat Ulasan