بسم اللہ الرحمن الرحیم
Hati mula menyimpan hasrat untuk mengikut sunnah itu...namun tidak yakin dengan diriku, kerana aku masih belum kuat dan masih kurang ilmu...suatu hari pandangan ku dibuka..aku berkawan dengan niqabis..baik orangnya,aku senang berkawan dengannya.. namun dia tidak seperti yang aku sangkakan..walaupun sudah bertutup namun dia masih mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak menyenangkan..aku berasa hampa melihat seorang yang dipandang suci tapi akhlaknya tidak seperti pakaianya..Aku cuba memahami istilah manusia tidak pernah lepas dari kesilapan,tapi setiap teguran tidak diendahkan.. aku tidak mahu menghukum orang dengan begitu cepat kerana aku yakin setiap orang mampu berubah..
Adakalanya
aku melihat pada diriku..lantas hatiku berbisik mengapa aku perlu
melihat kekurangan pada diri orang sedangkan aku masih dibalut
dosa..allah, sungguh aku sendiri terkadang tidak kuat untuk melawan
nafsu...
Terkadang
diri aku sering diuji dengan kesedihan, aku tidak mampu melawan
perasaan yang datang..langkah demi langkah aku ambil untuk hadapi..mmm
apa yang aku buat..terus berzikir dan berzikir..alhamdulillah,dengan
sifat ar-rahman dan ar-rahim-Nya cukup membuatkan kuat dan mampu
bersabar.
*pada permulaan sabar itu adalah pahit dan pada penghujungnya adalah sangat manis:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan