Bismillahirahmanirahim,
alahamdulillahirabil'alamin, syukur kepada Aallah s.w.t kerana masih
mengizinkan jari ini berfungsi dalam keadaan sempurna, serta
mengizinkan mata untuk melihat keindahan serta kenikmatan hidup. Apa
yang ingin dikongsikan hari ini, in sha allah akan memberi manfaat
kepada diri serta pembaca diluar sana. Usah membuang masa,mari kita
masuk ke topik yang ingin dibincangkan iaitu berkaitan pendidikan
rohani kanak-kanak.
Sebagai pendahuluan, Allah telah
mendirikan manusia dengan tiga unsur utama iaitu jasmani, rohani, dan
intelek (akal). Fahami lebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan
jasmani iaitu perkara yang berkaitan fizikal kita seperti tingkahlaku
atau perbuatan rohani pula yang bekait rapat dengan unsur dalaman
seperti hati atau roh dan intelek merupakan aspek penting bagi setiap
manusia untuk berfikir dan membezakan setiap perbuatan yang ingin
dilakukan. Ketiga-tiga aspek ini memainkan peranan dan merupakan
keperluan yang tersendiri untuk manusia hidup bagi memenuhi segala
keperluan. Dalam konsep islam, keperluan jasmani manusia ialah
seperti keerluan kepada makanan, pakaian, tempat tinggal,
perkhawinan, dan sebagainya. Islam tidak melarang manusia memenuhi
keperluan ini selagi ia tidak melanggar batas-batas syariat islam.
Sementara rohani manusia mempunyai keperluan tersendiri seperti
beriman dan beribadat kepada Allah dengan sebenar-benar ibadat. Oleh
kerana itu, keperluan rohani yang paling utama ialah megabdikan diri
sepenuhnya kepada Allah. Peranan akal pula ia untuk mendapatkan ilmu
serta berfikir dan ia juga membantu jasmani dan rohani yang paling
untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada manusia sebagai
khalifah Allah di atas muka bumi. Di antara ketiga-tiga unsur ini,
roh adalah merupakan unsur terpenting. Unsur rohanilah yang memandu
manusia untuk merasakan kewujudan Allah dan kewujudan dua malaikat
yang sentiasa mencatat segalan amalan perbuatan manusia. Salah satu
perbezaan antara rohani dan jasmani ialah roh tetap mengakui keesaan
Allah walaupun jasmani manusia melakukan perbuatan yang menjadikan
mereka tidak beriman kepada Allah. Roh juga bebas dari sebarang
ikatan dan ia tetap akan hidup walaupun tuan punya jasad telah
meninggal dunia. Roh juga akan merasai nikmat dan azab kubur walaupun
badan manusia telah hancur dimamah ulat dalam kubur.
BAGAIMANA ISLAM MENDIDIK ROHANI
KANAK-KANAK
Sebagai
agama yang sempurna dan kekal sehingga hari kiamat kelak, islam telah
menyediakan satu bentuk dan sistem pendidikan yang syumul(menyeluruh)
bagi mendidik rohani manusia sama ada mereka dewasa atau kanak-kanak.
Dalam al-quran dan sunnah Nabi juga telah menyediakan satu garis
panduan yang lengkap bagi membentuk jiwa rohani kanak-kanak supaya
beriman dengan keimanan yang sebenarnya kepada Allah, beriman kepada
malaikat, beriman kepada kitab-kitab Allah, beriman kepada
rasul-rasul Allah, serta beriman kwpada qada dan qadar Allah SWT.
Garis panduan ini adalah supaya membolehkan kanak-kanak melaksanakan
segala tuntutan isalam seperti kewajiban menunaikan solat, zakat,
berpuasa, mengerjakan haji dan sebagainya apabila menghampiri dewasa
kelak.
Pendidikan
rohani berperanan sebagai membersihkan jiwa kanak-kanak seta membina
akhlak-akhlak mahmudah dalam diri. Pendidikan rohani juga bermaksud
menjaga keimanan kanak-kanak supaya mempunyai keimanan yang
benar-benar mantap seperti yang dituntut oleh rasulullah SAW.
KAEDAH MENDIDIK ROHANI
KANAK-KANAK
- Sentiasa melafazkan kalimah syahadat kepada kanak-kanak.Sentiasa melafazkan kalimah syahadat kepada kanak-kanak merupakan satu kaedah yang sangat penting untuk mendidik rohani kanak-kanak. Mengucap dua kalimah syahadat merupakan syarat untuk seseorang memeluk agama islam. Kalimah berkenaan adalah:“ ash'hadu allah illaha illawah wa ash'hadu anna muhammada rasulullah”Maksudnya: aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.Sebagai pendidik hendaklah senitasa mengulang dengan menyebut perkataan dua kalimah syahadat di dalam semua situasi kepada kanak-kanak ini supaya mereka sentiasa mengingatkan bahawa kalimah tauhid ini akan menyebabkan ingatan mereka kepada Allah dan sentiasa diperbaharui dari masa ke semasa. Ibnu qayyim al-jauziah menjelaskan bahawa perkataan pertama yang perlu disebutkan ke telinga seorang kanak-kanak setelah ia dilahirkan ke dunia ialah kalimah syahadat. Kalimah ini akan menyebabkan mereka merasai Allah sentiasa bersama-sama dan memerhatikan segala tindakan yang dilakukan.
- Mengajar al-quran dan menjelaskan unsur-unsur keimanan dalam ayat tersebut.Kaedah yang boleh digunakan untuk mendidik rohani kanak-kanak supaya mereka terus beriman dan melaksanakan kesemua rukun-rukun islam ialah dengan mengajar mereka dengan menperdengarkan al-quran dan menjelas unsur keimanan ynag diterapkan di dalam ayat tersebut ke dalam jiwa mereka. Pendidik mestilah menjelaskan kepada kanak-kanak bahawa Rasulullah dan sahabatnya menjadi satu umat yang agung dan maju sehingga dapat menguasai dua pertiga dunia dalam kehidupan mereka kerana membaca, memahami dan mengamalkan al-quran di dalam kehidupan mereka. Oleh itu, jika kita ingin maju seperti mereka, kita mestilah melakukan perkara yang sama iaitu dengan membaca, memahami dna mengamalkan al-quran dalam kehidupan. Ini jug termasukalah tanggunjawab pendidik dan ibu bapa untuk mengajar kanak-kanak sejak mereka kecil lagi. Ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak membaca al-quran dan mengamalkan dengan memperdengarkan beberapa hadis yang menceritakan kelebihan bagi orang yang membaca, menghafal dan mengamalkan al-quran seperti hadis yang driwayatkan oleh Abu Musa Al-Asyari yang membawa maksud:Mukmim yang menmbaca al-quran diumpamakan seperti Utrujah yang mana baunya harum dan rasanya lazat. Sementara mukmim yang tidak membaca al-quran diumpamakan seperti buah kurma yang tidak bau tetapi rasnya sedap. Perumpamaan orang-orang munafik yang membaca al-quran seperti pokok raihan yang berbau harum tetapi rasanya pahit dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca al-quran seperti pokok hanzalah yang mana baunya busuk dan rasanya pahit. Pendidik termasuk ibu bapa juga boleh mengadakan majlis tadarus al-quran bersama kanak-kanak di rumah pada masa lapang. Selepas sesi tadarus, pendidik bolehlah memberi sedikit kefahaman kepada ayat al-quran yang dibaca, khususnya yang berkaitan dengan kehidupan mereka. Ibu bapa juga bolehh meminta agar anak-anak menghafal beberapa surah yang ringkas. Muhammad Qutb menyatakan bahawa:“ biasakanlah anak-anak kamu menghafal al-quran sedikit demi sedikit sama ada dari surah-surah yang pendek atau ayat-ayat al-quran yang berbentuk kisah seperti tentang nabi yusuf supaya anak-anak mempunyai beberapa potongan ayat yang akan dibaca semasaa mereka menunaikan solat”.Hanan Atiyyah mengatakan “biasakanlah anak-anak membaca, memahami serta menghafaz al-quran kerana hasilnya kita tidak dapat lihat sekarang tetapi hasilnya akan kekal didalam diri untuk sepanjang hayat”.Selain itu, perlulah dijelaskan tentang adap ketika mempelajari al-quran. Antara adap yang paling penting diterapkan adalah niat yang ikhlas kepada Allah, membaca dengan penuh khusyuk, serta dibaca dengan suara yang jelas dan mengikut hukum tajwid yang betul.
- Mengunakan ayat al-quran dan hadis sahihSatu masalah yang timbul dalam mendidik rohani kanak-kanak dalam menerapkan mereka dengan unsur keimanan ialah kerana unsur-unsur keimanan ini merupakan perkara tidak bleh dilihat dengan mata kasar seperti beriman kepada Allah, beriman kepada malikat, beriman kepada perkara ghaib dan kepada qada dan qadar. Perkara ini boleh diatasi dengan mendekatkan perkara itu kedalam jiwa kanak-kanak sehingga mereaka merasai kemanisan iman. Pendidik perlulah menjelaskan berkenaan dengan cara berhemah dan sesuai dengan pemikiran mereka. Satu cara paling mudah untuk menerangkan tentag keimanan adalah dengan menggunakan ayat al-quran dan hadis yang sahih.
- Menggunakan cntoh mudahContoh mudah yang boleh digunakan adalha contoh yang berkaitan dengan suasana tempat tinggal mereka, ibu bapa juga boleh menggunakan contoh sahabat-sahabat dan tabiin didalam menanamkan roh keimanan ini.
- Menanamkan perasaan khusyukSatu lagi kaedah yang digunakan untuk mendidik rohani kanak-kanak ialah dengan menanamkan perasaan khusyuk dalam diri dan tunduk pada Allah. Mereka juga perlu merasa kedudukan sebagai hamba kepada Allah. Kanak-kanak juga boleh diminta memerhatikan alam semesta yang indah ini dan akhirnya mengaitkan keindahan alam dengan kekuasaan Allah. Selain itu, boleh juga didedahkan dengan melihat saluran televisyen yang menceritakan tenteng alam haiwan, tumbuh-tumbuhan, angkasa seperti saluran National Geographic dan akhirnya mengaitkan alam berkenaan dengan kekuasaan Allah SWT. Kanak-kanak juga boleh didedahkan dengan ayat al-quran yang menceritakan tentang alam dan kaitannya dengan kekuasaan Allah SWT. Selain itu,boleh juga diberi pendedahan secara realiti seperti berkelah di tepi pantai supaya dapat mendidik mereka tentang ciptaan dan kekuasaan Allah.Justeru itu, sebagai penutup unsur yang amat penting dalam diri manusia adalah unsur krohanian. Anggota fizikal manusia hanya menjadi alat untuk melaksanakan tuntutan rohani mereka. Memandangkan unsur ini amat penting, islam memberikan penekanan kepada pendidikan rohani kanak-kanak. Unsur rohani yang perlu diserap masuk ke dalam jiwa ialah unsur keimanan yang terdiri dari rukun-rukun iman iaitu beriman kepada Allah, beriman kepada Kitab-kitab Allah, beriman kepada rasul, beriman kepada malaikat, beriman kepada hari kiamat serta beriman kepada qada dan qadar Allah. Selain kaedah-kaedah diatas kaedah lain juga boleh digunakan bagi mendidik rohani knak-kanak. Keseimbangan antara rohani akan melahirkan manusia berbahagia di dunia serta akhirat, wallahu ahlam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan