Music DJ

bila jari mula menaip

 

 BILA JARI MULA MENAIP

cahayamasyur@imtiyaz_ilham

...
-Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah dikepalamu dan sesuatu kalungan bagi lehermu-
...
-ia ibarat bayang-bayang yang tidak pernah lari dari darimu-

"doa seorang ibu yang sentiasa mengiringi anaknya adalah umpama pintu kejayaan yang telah terbuka luas baginya untuk menuju kejayaan kerana namanya diiringi dalam doanya"

"tiadalah bantal yang paling empuk, melainkan riba ibumu"

"air susu ibu bagaikan aliran yang aliran sungai didalam syurga yang membesarkan dirimu sehingga mengenal erti kehidupan"
...
-hati orang yang bodoh itu ada dimulutnya, tetapi hati orang yang bijaksana ada dihatinya-

"diantara orang yang bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati, ia bukanlah orang yang cemerlang pada akademiknya"

...
-semakin jauh kita lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat masalah itu datang menghampiri-

"lampu neon, tidak akan menerangi dirimu didalam kegelapan buat selama-lamanya mahupun sejuta mancis tetapi cahaya keimanan dapat menyuluh dirimu didalam kegelapan"
...
-hanya dua perkara yang melambangkan keimanan pada diri seseorang
 iaitu pada lidah dan akhlaknya-
...
-jangan mencari kesilapan, tetapi perbetulkanlah kesilapan-
...
"ujilah sahabatmu dengan perkara yang membuatkan dia marah, jika dia marah jauhilah dia, jika tidak maka dekatilah dia dengan erat, kerana itulah sahabat"

"orang yang hebat tidak melenting bila dirinya dicaci bahkan ia terus tersenyum,bersabar dan mendoakan perkara yang baik"
...

-hindarilah diri dari hidup berpuak-puak dan berpecah-pecah, contohilah sang semut apabila bertemu seakan bersalaman dan suka menolong antara satu sama lain-

"biarlah bodoh bila diajar, janganlah bodoh tanpa pelajaran"
...
 -wanginya badan boleh hilang bila dimandikan,tetapi wanginya lidah dan hati akan tetap teguh-
...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan