Music DJ

Tingkat 1, 5817 pintu kecemasan, depan bilik aina :)


بسم اللہ الرحمن الرحیم


Aku ada seorang kawan ni,tak lah rapat sangat..,aku kenal dia taklah seperti sahabat yang lebih rapat mengenali dia..bagi aku dia ni baik orangnya, tutup aurat, rajin mengaji..dia tak cantik, tapi..comel orangnya (jujurnya aku nie!!),mmm... bila dia senyum aku suka tengok lesung pipit dia..tapi bila dia marah aku suka tengok kening dia..berkerut-kerut..ada lah line wifi naik kat dahi..suatu hari kami solat berjemaah..selesai solat aku minta dia bacakan doa..dia taknak..dia minta aku yang bacakan doa..aku berkeras taknak..pada masa yang sama aku perhati gelagat dia yang agak marah..mm..dia memang marah sangat..and me bukanlah orang yang suka berbalan dengan kemarahan..lama aku duduk diam atas sejadah sebab kami belum akhiri solat dengan bacaan doa..tirai diselak, matahari semakin cerah menyinari dicelah awan.. dia tetap paksa aku baca doa..banyak ayat keluar dari mulut dia..ayat pujuk, ayat memaksa,.kata-kata utk yakinkan aku baca doa pun ada..(hahah).. paling aku tak tahan..ayat marah yang keluar dari mulut dia "kalau taknak baca doa tunggu sini sampai siang..biar sampai cerah.."dengan mimik mukanya..hishh.. aku just senyum..tahan dengan telatah dia..aku tarik sejadah nak lipat, kemudian dia duduk depan aku tarik dan betulkan semula sejadah tu, dia tetap suruh aku baca doa..mmm..time tu dia bebel kat aku..tapi sikit pun aku tak ambil hati sebab, betul kata dia kalau jadi iman, iman bacalah doa, takan makmum..kami berlawan tarik sejadah..aku suruh dia baca..dia suruh aku..mm..dia tetap berkeras taknak baca..lama kami duduk..waktu dhuha pun dah masuk..aku pun mengalah dan baca doa...aku masih tersenyum bila teringat kemarahan dia pada aku..aku just nak kenal macam mana orang ni sebenarnya....mm..macam mana agaknya bila dia marah..ouh,rupanya macam tu....mungkin seminggu dah berlalu dari peristiwa tu..aku usik dia dengan kata-kata...tak sangka pulak aku dia sentap dengan kata-kata aku..masa kemas barang aku just tengok muka dia ..mmm..memang muka tarik 5 sen lah..haha..tak sangka juga dia lari keluar...aku cuba cari dekat-dekat kawasan tu dia tak ada...mmm..lama sangat aku tunggu dia balik..tapi dia tak balik-balik...jujur aku tak rasa serba salah dengan kata-kata aku, sebab dalam kata-kata aku ada asbabnya dan mungkin kesan buruk utk dia..sebab tulah aku tegur..memang aku bukan sesiapa,bukan kakak, bukan sahabat, bukan adik..atau kawan aku pun bukannya baik sangat sampai nak tegur orang...teguran aku memang tak bunyi seperti teguran tapi ada makna..ada makna dalam teguran,cuma mungkin susah untuk difaham...lama tunggu..masih tak balik, so aku pun turun dan tak tunggu kepulangan dia...tiba-tiba....pintu lif terbuka, wajah seorang rakan muncul dihadapanku..aku dan rakan turun kebawah..lama kami menuggu kedatangan kakak ku untuk menghantar rakan ku itu ke station bas simpang..sementara menunggu kami berborak..walaupun aku tak rasa serba salah dengan teguran tadi..namun muncul juga rasa perkara yang aku rasa tak patut buat macam tu...sebab mungkin telah mengguris hati orang itu bagi aku..mm..nthlah..aku terus berborak dengan rakan tadi..tiba-tiba muncul kawan ku tadi.. yang comel bertudung labuh, dan mengalas beg berwarna purple..dalam hatiku..sebenarnya dia tiada tujuan untuk turun kebawah..tapi matlamat dia berada dibawah adalah untuk melihat aku sama ada aku sudah berangkat pulang atau belum..ini bermaksud dia masih ambil peduli tentang aku..bisik hati kecilku..aku pulak berpura-pura seperti tidak melihat dia namun aku bibir ku seperti hendak ketawa bila tengok keadaaan seperti orang tak tentu arah..dia berjalan ke hulu ke hilir..aku berpura-pura merajuk kerana hati ku juga agak tersentuh dengan tindakkannya yang lari keluar dari bilik, setiap kali marah dia mesti lari keluar dari bilik...pelik aku dengan dia..kadang terasa juga aku..mungkin aku tak layak duduk sekali dengan sesiapa..perasaan tu selalu muncul dalam diriku..ntah mengapa??..lama kami masih menunggu kemudian dia mengeluarkan telefon dan menghubungi seseorang.."assalamu'alaikum, kak..saya ni kawan s.....kak ada mana dah bertolak ke?" ayat tu keluar dari mulut dia..tak sangka aku dia menghubungi kakak aku untuk memastikan kepulangan ku..tidak lama kemudian kakak ku tiba.. aku bangun tanpa melihat wajahmya...dia hantar aku dan rakan ku ke kereta...dan memesan padaku jangan lupa wastup dia selalu...kali terakhir aku memandang wajahnya..dan aku hanya membalas dengan senyuman..begitu juga dengannya.....


#aku Bs, Bt, Bk..dan Bs....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan