........
Dia
duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si
dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato
Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya
Iman yang bermaksud akan masuk waktu solat.
Tiba-tiba,
si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop
di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si
dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap.
Tersentak
sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam? Huh,lawak antarabangsa
betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu
lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari
yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi
teguk kencing syaitan tu sapa suruh.
Okay,salah
aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah
lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan
balik mabuk.Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli
kan. Banyaknya salah aku. Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti
Syahirah binti Hj. Amran ni.
Bukan
itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau
Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku
kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia
dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan
Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni.
Baru
sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau
sebulan? Huh.“abang dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu
je. “hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu
keluar. Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi
imam sebenarnya. “saya ikut..Jap
saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata. Aiman
tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di
sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat
mana surau.? “abang, dah siap.” Aiman memandang isterinya yang
lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar
track-suit. Cantik! “abang..?” Aiman tersedar. “jom.”
Kunci
kereta di atas meja di capai. “saya bawa kereta awak, tak kisah?”
tanya Aiman ragu-ragu. Syahirah senyum. “harta saya harta abang
juga.” Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar radio
– hot fm refleksi.
Aiman
dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak
ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni. “abang,surau belok
kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang
diberitahu isterinya.
Mereka
telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak
mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman
melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit.
Aduh,mana
bawak kopiah ke? Songkok ke? “err,Ira..” Syahirah menoleh. Mana
ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. “ya?”
“okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?”
Syahirah senyum. “jangan risau yang menilai itu Allah bukan
manusia. Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah
okay dah ni.”
Aiman
terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk
bab-bab agama. “jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di
matikan.
Malam
itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam
itu bagi ceramah tentang solat. “solat itu tiang agama, kalau tak
solat umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari isterinya yang
dia jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami yang soleh! Ya Allah
makbulkan doa hamba.” Aku tak adalah baik sangat.
Kenapalah
kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil
agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam
fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’
Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong.
Berubah?
Teringat juga dia amaran abang iparnya. “aku bagi amaran dekat kau,
jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi,
jangan pernah kau buat dia menangis.” Aiman hanya mendengar amaran
keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah
mertuanya. “..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup
kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat
tahu.
Aku
terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?” Aiman hanya
mengangguk. Huh,garang! Syahirah memandang suaminya yang duduk di
sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman
dengan tangannya. “cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan
suara yang di buat-buat macam suara lelaki.
Aiman
yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama.
Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom
Cruise..” main-main Aiman. “salah! Tom Cruise tak reti cakap
melayu!” Aiman ketawa. “hm,Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa.
“salah! Hj.Amran dekat Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!”
Syahirah kerut dahi. “Syah mana?” “Syahirah.” Aiman menarik
tangan isterinya agar duduk di sebelahnya.
Cepat
sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut
juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia
ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang
boleh je ‘masuk’. “abang buat apa?” “tak ada apa-apa. Saya
nak tanya awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa awak terima
lamaran abah untuk kahwin dengan saya?” “sebab Allah.” Aiman
diam sebentar. “tak faham.” “saya buat solat istiharah. Minta
petunjuk dari-Nya.” Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak
di katakan lagi. Sebak tiba-tiba.
Seminggu
berlalu…. “Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah
bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak makan apa
kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai
bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak.
Nak
berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari
isterinya. “lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau
lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu di tulis dalam
diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan
dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu.
Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas
ni kita sama-sama belajar masak.”..“maaf
ya abang..” Aiman senyum. “tak apa.”
Aiman
keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh
masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di
bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop. “abang nak buat
apa bawa laptop ke dapur?” “belajar masak guna internet.”
Aiman
senyum dan mengangkat kening. Syahirah senyum. “huish masin.”
Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu.
“abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi. Aiman rasa dan
ketawa. “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa
apa-apa..” komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay.
Gulai
itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai
sayur.” “boleh ke macam itu?” “boleh je.” “okay..” “dah
makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” Aiman langsung
tak sedar apa yang dia cakap.
Ajak
orang pergi surau? Ajak isterinya? Huh,sejak bila jadi geng surau ni.
Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah ! “ustaz.” Panggil
Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz
itu menoleh. “ya?” “saya nak…” “nak apa?”
Aiman
malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. “anak nak
apa?” “saya nak belajar agama.” Terluah juga. Ustaz itu senyum.
“mari.” Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari
surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta.
Senyum
terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki
separuh umur. “ustaz kenalkan isteri saya.” Aiman kenalkan
Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk.
“baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak.
Walau
apapun senyum paksa di beri. “Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami
yang soleh macam Aiman ni.” kata-kata Syahirah membuatkan Aiman
terdiam. “Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke
syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman bersuara.
Ustaz
itu menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya balik dulu.
Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman
serentak. Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah
yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi. “lamanya abang
pergi..” Aiman tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan
Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk
belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.
Rasanya
dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam
dalam keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia
nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami.
Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi
tak tahu apa-apa.
Sudah
tiba waktunya dia berubah.!
“seminggu
tu lama tauu..” lirih Syahirah. “pejam celik-celik pejam celik
sekejap je tu..” “kalau pejam tak celik-celik?” tersentak Aiman
apabila mendengar ucapan isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia
nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang Syahirah. “apa awak
cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ.
Syahirah
ketawa halus. “gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.” Aiman
diam. “tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.”
Isterinya tarik muncung. “tak mau lah, nanti kurang pahala.”
Sudah
dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik
mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah…
banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di
pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas. “awak sihat?”
Aiman duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang.
“Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua
baru nak call?
Abang
tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak
sembahyang jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengar coleteh si
isteri. “..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik
abang cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar
sebak. “..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak
patut abang tipu saya..” air mata Syahirah mengalir.
Aiman
terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar
esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi. “awak, saya…”
Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka. “
abang sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan
lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik
sayang.” Terdiam Syahirah.
Aiman
senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur
sebelum tidur..” Aiman ketawa. “next?” “..kalau terjaga pukul
dua tiga pagi, solat tahajut..” Aiman hanya mengangguk. “lagi?”
“..selalu beristigfar” “okay. Lagi?” “..ingat Allah dalam
setiap perbuatan.” “alright, next?” “sentiasa berselawat.”
“okay.” “abang ni last.” “apa dia tu?” soal Aiman lembut.
“doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Aiman senyap sekejap.
“sure.”
...
Dari
jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai
membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah
telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman.
“Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman. “waalaikumsalam,abang.”
Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman. Terpegun juga dia
melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta
berkopiah (mungkin Aiman tak perasan).
Wajah
Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan
isterinya memerhatikannya. “er,,awak pandang apa?” Syahirah
tersentak. “eh, tak.. abang nampak lain.” “apa yang lain?”
Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya.
“oh..” jawab Aiman dan menarik kopiahnya. “jom masuk.” Mereka
beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa sementara
Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh
ruang tamu. Kemas dan bersih.
Walaupun
rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa
abah tak pernah rasa selesa dan tenang. “abang nah..” lembut
Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman menyambut.
“thanks.” “abang, nak tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan
Aiman yang duduk di sofa itu. “hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia
sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini.
Kadang-kadang
macam budak-budak. “ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman.
“oh, apa benda tu?” “apalah abang ni. itu cerita drama bersiri
Indonesia. Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas di letak di atas
meja. “kenapa dengan cerita tu?” “best.” Syahirah senyum
hingga nampak lesung pipitnya.
Comel!
Walaupun
penat Aiman masih lagi melayan. “ apa yang best?” “lagu.”
Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru pertama
kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia. “best
jugak tapi sedih.” “kenapa?” “entah. Abang nak dengar lagu
tema cerita tu.?” “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian
Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di
almari yang terletak di ruang tamu itu juga.
Aiman
hanya memerhati.
“
..
haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil
satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya.
“..er..kita dengar sesama..” tergagap-gagap Aiman. “ok.”
Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah
agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu.
Inilah
aku apa adanya
Yang
ingin membuatmu bahagia.
Maafkan
bila ku tak sempurna
Sesempurna
cintaku padam..
“saya
baru download tadi..” Syahirah senyum. Aiman turut senyum. Sungguh
dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang.
Ini cintaku apa adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu semua
tiada yg sempurna Di bawah kolong langit ini “Abang kita jadikan
lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak
nangis je Aiman dengar.
Tak
tahu kenapa..“hmmm.”
Jalan kita masih panjang
Ku
ingin kau selalu disini
Biar
cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan
dunia menjadi saksinya
Untuk
apa kita membuang-buang waktu
Dengan
kata kata perpisahan
Kedua-dua
mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Aiman telah
melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke
dalam pelukkannya. Khusyuk melayan lagu.
Demi
cinta kita aku akan menjaga
Cinta
kita yg telah kita bina
Walau
hari terus berganti hari lagi
Aiman
tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu.
Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. “eeerr.. awak…” Aiman
cuba mengejutkan isterinya lagi. “awak…bangun. Dah azan Asar
ni..” Syahirah bangun dengan mengosok matanya.
“abang
saya ABC la. Abang solat lah..” Aiman pelik. Apa benda pula dia nak
ABC ni.
“awak,
dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.” Syahirah
memandang Aiman.
“Allah
Bagi Cuti. Sakit perempuan.” Aiman teragak-agak.
“oh..
haa. Okay. Aiman senyum malu. Saya solat dulu.” Aiman telah pun
bangun untuk menuju ke bilik. “abang.” Langkah Aiman mati. Dia
menoleh. “doakan rumah tangga kita sampai syurga ye..” Syahirah
senyum dan gaya menadah tangan. “sure.” jawab Aiman.
....................
“abang,saya
nak cari buku masak..”
Aiman
hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang
dia beli dan Syahirah beli tadi. “..nanti jumpa abang dekat kaunter
lah.” Kata Syahirah lagi dan terus berlalu. Aiman hanya senyum dan
menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku
Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter
pertanyaan dalam kedai buku itu.
“ada
boleh saya bantu encik?” “hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir
Al-Quran?” “maaf encik tiada stok.” Aiman senyum paksa. “okay.
Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah
datang. “ abang tak beli apa-apa?” “tak”. Awak dah jumpa
buku?” Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman.
“tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?” “okay.” Aiman
membayar buku itu. Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu.
Pekerja
kedai buku itu berbisik. “wah,romantiknya mereka!” “tahu tak
apa. untungkan wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan
baik!” “mana kau tahu baik?” “tadi dia nak beli tafsir
Al-Quran.” “oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je.”
“sweet kan.”
Suami
dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just
pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan
pegang tangan” “superb! Romantic!” “kan Allah S.W.T telah
berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan
lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik
untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang
baik.” (an-Nur’:26)
“betul-betul.”
Aiman
sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi
ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan.
“abang..”
sapa Syahirah manja. Aiman senyum. “kenapa?” “nah..” Syahirah
menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir.
“birthday saya rasanya belum lagi..” “abang buka lah dulu. Saya
dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik
tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.”
Syahirah nampak penat.
Mana
tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik.
Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu. “subhanaALLAH, tafsir
Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata Aiman. ‘Al-Quran,
the love letter from Allah’' – isterimu. Aiman turn off
laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan.
Setelah
selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan
masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang
menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur. Mungkin penat sangat.
Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar
di lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur
kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu
pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa
teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah
kemanisan iman itu sungguh manis.
....
“Aiman!!
Kamu
nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman
hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat
mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap.
Selepas
pulang dari pondok agama dia tak cepat marah atau melenting.
“kamu
dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni
akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail
itu di meja pejabat Aiman. “abah, ekonomi dekat sini buat masa ini
tak stabil..”
Dato
Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli kan semua duit
tu?” “Abah..” “dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah
nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “ Tercengang Aiman mana dia
ada duit banyak tu. “abah, saya tak da duit banyak tu.” “abah
tak peduli.
Kamu
buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu.
Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir.
Ada apa abang iparnya ini telefon. “Assalammualaikum.” Lemah
Aiman menjawab.
“waalaikumsalam,
weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!” “er, kenapa along?”
“kau balik je!” Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak
tahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya?
Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju
Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti
sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang mengajar
subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia. “
Along..
tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah. “eh, kau
diam lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah. “Assalammualaikum.”
“hah, sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam
dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman
menarik kembali tangannya. “kenapa along?” “aku nak bawak
Syahirah balik..” Sentap Aiman mendengar. Matanya memandang
Syahirah yang telah pun berair mata. “..ta..tapi kenapa?” “kenapa
kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung!
Macam mana kau sara adik aku ha?
Lepas
tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak
Aiman dengar. “along tak boleh buat macam ni..” “apa tak
bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi
kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je.”
“along,kenapa along cakap macam tu?”
Syahirah
yang tadi berair mata membela Aiman. “kau diam”. Dah sekarang aku
nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir menarik
tangan Syahirah. Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya.
“saya tak nak pergi tanpa suami saya! Tempat seorang isteri di sisi
suami!” “hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar
isteri kau ni mati kebulur.!” Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan
hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah isterinya
pula.bisik hati aiman.
Betul
juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat
isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat! “abang..tolong…”
sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman. “saya izin..” sebak.
“..saya izinkan awak balik.” Terus Syahir menarik adiknya keluar.
Air mata Aiman jatuh juga. Mata di pejam. “abang….”
Teriak
Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman
terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU…
Aiman
baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi.
Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan
macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia
termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau
di tekan tanpa melihat nama pemanggil.
Aiman
terkejut mendengar esakkan di talian itu.
“awak..”
Esakkan itu masih lagi berbunyi. “Ira..awak..” “sampai.. sampai
hati abang..” Aiman senyap. “saya buat macam ni agar awak
senang…” “tak ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan
abang sorang- sorang lalui kepayahan.” “awak tak faham..” sayu
Aiman jawab.
Suara
serak Syahirah berbicara lagi. “abang… biarlah susah senang kita
bersama.” Aiman senyap. “abang,tolong lah abang. Saya nak jadi
isteri yang solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya
mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang
menyalahkannya tapi Syahirah tidak. “abang…tolong jangan senyap
macam ni.. saya bersalah sangat ni..” “sayang tak perlu rasa
bersalah.” Terdiam Syahirah.
Ya
Allah…. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja
study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya
melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw.
bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh
Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik.
“Tampakanlah
terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada
Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) Aiman
beristigfar. Mata di pejamkan seketika. “sayang..abang betul-betul
tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah abang itu terluah juga.
“abang, tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah dan
senang.” “tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan
semua orang.” “abang, along hanya insan biasa. Abang ada hak
untuk membawa saya kembali.…” Aiman hanya diam.
“istikharahlah
abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.” Syahirah dah tak
sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik
nafasnya. YA ALLAH……
Nasihat
Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3
tanda-tandanya:
1)
Jujur dalam berkata-kata.
2)
Menjauhi segala yang haram.
3)
Merendahkan diri.
Wahai
Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1)
Merahsiakan ibadahnya
2)
Merahsiakan sedekahnya.
3)
Merahsiakan ujian yang menimpanya.
Wahai
Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1)
Takut berlaku dusta dan keji.
2)
Menjauhi kejahatan.
3)
Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai
Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1)
Mengawasi dirinya.
2)
Menghisab dirinya.
3)
Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
..................
“Assalammualaikum..”
Aiman menoleh. “waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman.
Ustaz itu senyum. “baca artikel apa itu?” “Nasihat Rasulullah
pada Ali.” “oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk
sini. Tak balik?” Aiman senyum. “tenang duduk dekat masjid ni.”
“dari Subuh tadi.Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?”
Aiman sentap. “hm,dia balik kampung.” “oh..eh, ustaz nak pergi
toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.” Aiman menyambut lembut
buku nota kecil itu. Tangannya menyelak muka surat pertama. Yakin
pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada
Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia
dengan ujian walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat
menyiram api neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan
hikmah, Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya…. Terkedu Aiman.
Ya
Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu
kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah
hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula
berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil
syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak
kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu sekarang
lain..
Assalammualaikum,
abang dah makan? – Syahirah.
Aiman
membaca mesej itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap
voice to voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui
pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu merajuk.
Waalaikumussalam,
Alhamdulillah sudah. – Aiman
Lepas
beberapa minit.
Syarikat
abang dah okay? – Syahirah.
Doakanlah
ada projek yang masuk. – Aiman
Solat
Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita
sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.
Aiman
senyum membaca mesej itu. In syaa ALLAH. – Aiman.
“Assalammualaikum,
abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran. “waalaikumsalam.
Aiman, kenapa ni?” nada risau. “abi,saya… saya..” tak terluah
oleh kata-kata. “Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email kamu.
Abi ada hantar satu video.
Kamu
hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Aiman.” “terima
kasih abi.” Selepas salam berbalas. Talian di matikan.
Syukur,abinya seorang yang memahami. Aiman membuka emailnya. Abinya
agak moden kerana seorang dekan di sebuah university terkemuka di
tanah air.
Wajarlah,
alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Matanya tertala
pada email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kan lah.
Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya
jatuh lagi saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan
tanggungjawabnya sebagai seorang suami.
Astaghfirullahalazim.
Erat
Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya
tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka. “abang please..
jangan tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang terkedu
itu mengesat air mata Syahirah. “shhtt, abang dah datang ni. jangan
nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan. Syahirah mengangguk dan
memandang abi dan uminya. “jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj.
Amran. “terima kasih abi, umi..” sayu sahaja Aiman bercakap.
Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada conference dekat
Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu.
Terima
kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini. “kami balik dulu abi,
umi.” Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti
Syahirah. “Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” “saya
sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan
untuk pulang ke rumah. Aiman yang tengah memandu itu senyum. “saya
pun sayang awak juga.” Syahirah senyum senang. “Ira…” panggil
Aiman. “ya?” Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu.
Aiman diam sekejap. “thanks.” “thanks untuk apa?” “sebab
awak saya dah banyak berubah.”
Syahirah
ketawa kecil. “bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu
hati abang.” “tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni,
abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum. “saya hanya
pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman
mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu. “thanks lagi
sekali.”
Dahi
Syahirah berkerut. “untuk apa pula?” “settlekan bil-bil
syarikat tu..” “kita suami isteri kene saling membantu.” “mana
Ira dapat wang banyak macam itu?” Syahirah senyap.
Sebenarnya
itu wang yang di kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji
dan untuk kos perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan daripada
abi,umi dan along .
Dia
bersyukur Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan
sentiasa mengingati mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya.
Biarlah,hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini.
Aiman
memandang Syahirah sekilas.
“Sayang..
Mana awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu.
“Hm,rezeki Allah.” “dari mana? Tak akan turun dari langit kot?”
soal Aiman lembut. “abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar
pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah
kiri itu. Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi.
Kereta
di belokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan
ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah
terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi. Aiman
terus menerpa ke arahnya. “awak.” Terkelu lidah Aiman sewaktu
melihat darah itu. Syahirah senyum. “biasalah ni, panas tu yang
berdarah tekak tu.” “kita pergi klinik.” Syahirah dah pening.
“tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.” “no… nampak serious ni.”
ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di kerusi itu.
Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat. “abang ni, panas je lah
ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba
melangkah.
Kepalanya
tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nak buat apa.
Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba
hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja.
“Abang,
bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya. “..Encik
Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat
Syahirah menggerakkan Aiman lagi. “abang….abang.. bangun…”
Aiman
membuka matanya perlahan-lahan. “hmm, kenapa sayang?” “abang,jom
buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah.”
Aiman duduk menghadap Syahirah. “dah pukul berapa?” “hmm, 4.30
pagi.” “jom.” Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi
imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu. “..sayang ambil
wudhuk dulu..” “okay.”
Sebelum
turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga
Aiman. “mimpi ke reliti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya
yang di cium tadi. Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik
air. Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman bersalaman dengan
Syahirah. “abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa
dan menyakitkan hati abang.”
Seperti
biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas
solat. “..halalkan semua makan minum.” Aiman menarik Syahirah
dalam pelukkannya. “abang pun nak minta maaf tersalah kata dan
menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” dahi
isterinya di cium. “Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang
soleh.” Kata Syahirah dan senyum.
Aiman
hanya senyum. “hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?”
Syahirah geleng. “boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah
je. Letihlah.” Aiman mengangguk. “oklah. Nanti abang belikan
sarapan.” “okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum.
“sayang awak juga.”
Aiman
memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau.
Sebelum keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus
nasi lemak. Aiman keluar dari kereta.
PRRRANGGGGG!!!!!!!!
Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke
rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng.
Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu.
Dia berlari ke dapur.
Terkejut
Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya. “Sayang
!!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di
tikam dengan pisau. Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi
malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang
mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan
pengsan.
**********
Aiman
terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka
dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih
ke kiri. Ya Allah. “sayang..” Aiman memangku Syahirah yang lemah
itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau.
Aiman
mencampakkan pisau itu. “ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut
Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya. “bukan saya.”
“dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman bergari.
“bukan saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di
disitu. “Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa
Aiman keluar rumah.
Abahnya
hanya menggeleng dengan air mata berlinangan. “kalau kamu tak suka
dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara.
“bukan Aiman bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di
luar rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya. “abi, bukan
saya, umi!!” meronta-ronta Aiman. “sedangkan orang gila tak
mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik
aku!” herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis.
Aiman
cuba meronta. “bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..” “cepat
bawa dia!” arah alongnya. Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini.
Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya
Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika
pandangan rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya Allah………
...................
Haji
Amran melawat menantunya di penjara. “abi..percayalah saya..”
Haji Amran senyum. “sabar Aiman, kebenaran akan terungkap,
bersabarlah..” “abi, macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran
senyap. Air matanya bergenang.
Sebak
dadanya. “abi kenapa dengan isteri saya?” Haji Amran hanya senyap
dan senyum terpaksa. “bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa
itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji Amran bangun dari
kerusi itu. “abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir
air mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan.
“abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah
sentiasa. Assalammualaikum.”
Haji
Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar
kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat….. “abang, cuba
tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman
bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja.
“cuba
abang baca..”
Rasulullah
saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai
oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik.
Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta
tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.”
(Muslim) “Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata
Aiman pada warden yang menjaganya itu.
Alhamdulillah,sepanjang
dia di penjara itu. warden-warden di situ berlembut dengannya. Terima
kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat.
Selepas itu dia membaca Al-Quran. ‘Al-Quran, the love letter from
Allah’ – isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu membaca
ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah…
Belajar
DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN
Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu
KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari
UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..
“Alhamdulillah.”
Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum
melihat wajah menantunya itu. “bebas juga saya abi..” kata Aiman.
“Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang
menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang tercicir
itu.” Aiman senyum.
Terima
kasih Ya Allah. “abi,jom jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria.
Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk. Aiman duduk di bahagian
sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda
bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak
sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak
bertemu. Haji Amran berhenti di hospital.
Aiman
terkejut. “abi, kenapa di sini?” “turun dulu Aiman. Jom.”
Ajak Haji Amran. Aiman hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad
Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah
bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak
uminya tengah menangis. Dia nampak doktor.
Perlahan
Aiman melangkah ke arah bilik itu. “maaf, dia tak dapat di
selamatkan.” Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman
menghampiri katil itu. “barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia
tak dapat nak survive. Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir di tepi
katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di tahan.
Sakit!
Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat
sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut.
Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni..
“TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran
menenangkan menantunya itu. “sabar Aiman…bawa mengucap.” “bukan
Ira abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu
Aiman. “dah di tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran.
“tak…tak…bukan
dia..” sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah
jenazah isterinya itu. Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit
sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah……….
Masih
lagi teringat setiap detik manis bersama isterinya...Air mata
lelakinya deras mengalir. video cinta kita – click sini “lagu
apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen
Sungkar”
Syahirah
mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga.
Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone
pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan
sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..”
teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu.
Aiman
menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar
mp3 itu. “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika.
Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa.
“hmmm.” kenapa harus begini…..
Aiman
menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi
katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk
setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5
bulan dia cuba kembali ke realiti. Abah dan abinya puas meredhakan
hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat.
Waktu
itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan
orang yang di sayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut
ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa
untuk membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah.
Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya.
Kini,
dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka. “Aiman,
nak pergi mana?” Dia senyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya
dan di cium tangan wanita itu. “nak keluar.” “pergi mana
malam-malam ni?” soal abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya
pula. “hm, pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.”
Aiman
meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir.
Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid.
Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah
itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang lain.
Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula.
“Assalammualaikum.”
Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan bacaannya.
“waalaikumsalam.” “anak musafir ke? Dah lewat malam ni.”
Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. “saya ingat nak
tidur sinilah pak cik.” “oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah
ya.”
Aiman
mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman baca matanya sudah mahu
terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di
ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan badannya. Setiap
kenangan tak pernah Aiman lupakan..masih teringat setiap pesanan
isterinya..
“Abang
jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik
sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je.
“lagi?”
“er..abang
jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman menadah tangannya
untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata
Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan.
Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman bangun. Dia
menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap
bertelekung. “sayang..” Aiman menggenggam tangan Syahirah.
“Jangan tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya
senyum dan menarik tangan Aiman agar mengikutinya......
Lemah
lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat
mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu. “tu lah
Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal.
Dia
kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang
ajalnya dah makin tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar. “terkejut
saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun
Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi dia.
Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah,
semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah rahmat-MU.
Al-Fatihah..
...
*Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan
lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik
untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang
baik.” (an-Nur’:26)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan