Minyak
masak itu dituang perlahan-lahan ke dalam kuali panas. Sambil
diratakan ke seluruh permukaan dalam kuali. Aisyah cadangnya mahu
membuat sedikit minum petang pada hari itu. Menunya pisang goreng.
Kebetulan pula Muslim cuti. Cuti hujung minggu. Tambahan pula pada
hari Jumaat begitu, Muslim akan mengisi masa petangnya di rumah,
bersama isteri kesayangan, Aisyah.
Separuh
jarinya dicelup ke dalam adunan tepung yang sudah disiapkan sebelum
solat asar tadi. Sambil membaca bismillah, jarinya digerak-gerakkan
bagi memudahkan adunan tepung tadi mengalir turun ke dalam kuali.
Sesekali matanya memandang kelibat Muslim di ruang tamu. Sedang tekun
menghafal Surah Luqman.
Tepung
tadi dibalik-balikkan. Supaya seluruh permukaan masak dengan rata.
Jika tidak, pasti berubah menjadi hangit. Sudah sempurna yang
pertama, dimasukkan pula yang seterusnya. Suasana petang itu sedikit
redup. Tidak terlalu panas dan sejuk. Cuma kadang kala angin petang
datang menghembus sekitar halaman rumah....Aisyah, ustazah nak
sampaikan ‘salam’ untuk kamu. Daripada seseorang. Ayat yang
diucap oleh Ustazah Fatimah dua tahun yang lalu kembali diimbas di
fikirannya..
‘Salam’?
Daripada seseorang? Untuk saya? Aisyah hairan. Soalan pula dibalas
kepada Ustazah Fatimah..Ustazah Fatimah hanya senyum. Lalu mengangguk
kecil. Cermin matanya dibetulkan sedikit ke kanan. Daripada Muslim.
Untuk kamu. Jawapan itu keluar dengan nada bersahaja daripada mulut
Ustazah Fatimah. Ringkas dan lancar. Perasaan Aisyah jadi tidak
menentu. Mahu dikatakan gembira, nampak seperti biasa-biasa saja.
Jika dikatakan sedih, sebutir air mata pun tidak ada yang mengalir
keluar. Aisyah cuba berlakon tenang.
Muslim.. Satu perwatakkan biasa di kolej itu. Tidak terlalu menonjol. Hanya biasa-biasa. Cuma yang perasan pada pandangan Aisyah, Muslim boleh dikatakan kerap berjemaah di masjid. Hampir setiap kali solat berjemaah, Muslim lah yang akan mengimami solat.
Tapi, kenapa Muslim? Macam mana Muslim boleh kenal saya? Lagipun kami berlainan kuliah..Aisyah mengajukan soalan kembali. Persoalan itu diharap dapat dijawab oleh Ustazah Fatimah. Pada sangkaannya, pasti Muslim sudah menceritakan segala-galanya.
Maaf
Aisyah. Itu ustazah tidak tahu. Ustazah mahu sampaikan ‘salam’
untuk Aisyah sahaja. Selebihnya ada pada diri Muslim. Aisyah tanyalah
kepada Muslim.
Aisyah
kebingungan. Dipendamkan soalan itu di hati. Apa yang pasti,
istikharah menjadi jalan tengah kepada jawapan ‘salam’ Muslim.
Biarlah Allah yang memberi petunjuk kepada hati. Bukannya dengan kata
akal sendiri.....Tiba-tiba Muslim datang menghampiri dapur. Aisyah
tersentak daripada lamunan. Sudip yang ada di tangan bertukar tangan
kepada Muslim. Pisang goreng tadi menjadi sedikit hangit. Akibat lama
tidak dialih.
Sayang
termenung jauh ni. Habis hangit yang dalam kuali. Sayang teringat
ummi di kampung? Muslim cuba meneka isi hati Aisyah. Selalunya
Aisyah jarang begitu..Hmm..
Tak lah. Sayang teringat cerita dulu. Waktu zaman kolej.
Taknak
kongsi cerita dengan Abang? Rasa
seperti mahu sahaja diajukan soalan dua tahun lepas itu kepada Muslim
di saat itu. Tapi seolah-olah berat untuk dikeluarkan. Lalu diabaikan
begitu sahaja.. Apron
yang dipakai dibetulkan. Tudung yang dipakainya sedikit kelepet pada
bahagian muncung hadapan. Itu juga turut dibetulkan.
Sayang
ingat tak pertama kali kita berjumpa? Muslim tiba-tiba
bersuara..Hmm.. Ingat kot. Kalau tak silap waktu tu dekat Stesyen Bas
Kangar kan. Kenapa? Muslim berhenti seketika. Tersenyum memandang
wajah Aisyah. Ketika di rumah masih mengenakan tudung labuh. Seperti
yang dilihatnya pada dua tahun lepas. Lumrah di mana-mana tempat
awam, pasti susah untuk mencari kebaikan. Jika ada pun, seperti satu
dalam seribu. Bukan hanya susah, malah sukar. Tapi dalam ribuan
manusia yang ada di situ pada waktu itu, ada satu insan yang lain
daripada lain. Baik dari segi pakaiannya. Gerak lakunya. Semuanya
yang ada padanya seolah-olah tidak ada pada manusia-manusia yang
sedang berada di sampingnya. Terpampang jelas kelainan yang ada.
Labuh tudungnya sempurna dilihat. Abaya yang dipakai, labuh menutup
hingga hujung kaki. Longgar saja. Errr.. Awak student di Kolej Melati
kan? Muslim menegur Aisyah di awal pertemuan. Tidak tahu mengapa
dirinya tiba-tiba menyoal. Walhal tidak kenal. Aah..Balas Aisyah acuh
tak acuh. Dia juga kehairanan. Tapi seperti tidak berasa malu-malu.
Semenjak
daripada perkenalan itu, Muslim merasakan ada sesuatu istimewa yang
ada pada diri Aisyah. Setelah dibulatkan tekad dan niat di hati,
‘salam’ itu diberi kepada Ustazah Fatimah untuk disampaikan
kepada Aisyah. Untuk disunting menjadi bidadari dunia dan akhirat.
Sebab tu la Abang ‘cari’ Aisyah? Soal Aisyah setelah Muslim
berhenti mengenang kenangan lalu. Muslim menggeleng. Kemudian
menggangguk sambil mengukir senyuman buat Aisyah. Nakalnye. Sebelum
kahwin lagi dah ada hati.. Hati abang terpaut dekat tudung labuh
Aisyah. Tak salah kan?
Hmm…
Tak tahu~
Aisyah
berasa lega. Persolan dua tahun lepas terjawab sudah. Allah
sememangnya Maha Mendengar. Muslim menjadi perantaraan, sudah pun
menjawab segala persoalan yang ada. Soal hatinya kepada Muslim, belum
pernah disoal Muslim. Sejujurnya tiap kali di akhir solat berjemaah
di kolej yang diimani Muslim, ada satu doa yang tidak putus-putus
diaminkan oleh Aisyah di belakang selaku makmum......
Ya Allah, semoga
lelaki ini bakal menjadi imam buat ku kelak.~
Ikhlas dari kata hatinya.....
Ikhlas dari kata hatinya.....
Ok.
Pisang goreng dah siap..Ujar Aisyah..
Bismillah.
Jom makan.~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan