بسم اللہ الرحمن الرحیم
......
Bacalah
dengan menyebut nama tuhanmu, yang menciptakan manusia dari segumpal
darah..bacalah dengan nama tuhanmu yang maha pemurah, yang mengajar
manusia dengan perantaraan kalam, dia mengajarkan kepada manusia apa
yang tidak diketahuinya..(al-alaq: 1-5)
Entri
aku yang nie cuma nak berkongsi sikit tentang penghijrahanku..aku
merupakan hamba yang tidak terlepas dari melakukan dosa.. gelaran
"hamba" sama sekali tak layak untuk diri aku, hamba itu adalah bagi
orang-orang yang tidak pernah melanggar perintahanya.. sedang aku
pula..allahu..di benak hati tahu apa yang ditegah namun iman ku lemah
kerana hawa nafsu ku..allahhu rabbi..dia masih menyanyangiku, dan
masih memberi nikmat kepada ku..tapi diri tidak pernah
bersyukur..malu aku untuk menerima segala pemberian-Nya..menunaikan
solat tapi mendedah aurat, berpuasa tapi tidak menjaga lidah..
dahulunya, aku seorang yang kasar peribadinya..berlagak seakan-akan
seorang lelaki..bukan itu saja, aku berpakaian juga seakan lelaki,... allah malu aku untuk menceritakan
perbuatan ku disaat hidup dalam kejahilan. Entah mengapa aku boleh
jadi sampai macam nie.. adakah ibadah diterima Allah.? Kerana
persoalan itulah yang membuatkan aku tersedar dari menjadi mayat
hidup selama ini..Suatu hari hatiku ditegur ar-rahim iaitu sifatnya
yang maha penyanyang..hati diketuk bagaikan pintu yang
ditendang kuat..allahamdulillah mata, hati aku terbuka untuk kembali
kejalannya..aku berazam tidak lagi mengulangi apa yang pernah aku
buat dulu..setiap kali aku selesai menunaikan solat aku sentiasa
berdoa supaya aku terus diberi hidayah dan iman yang kuat untuk
meninggalkan apa yang pernah aku lakukan..dalam penghijrahan aku
perlahan-lahan belajar menutup aurat..aku meluangkan masa dengan
mendengar ceramah di tv, mendengar perkara-perkara yang boleh
membantu penghijrahan aku supaya aku berada di jalan yang
lurus..ditelefon aku juga tidak lagi tersimpan lagu-lagu jiwang karat
namun yang ada hanya surah, lagu-lagu nasyid, zikir..tapi aku masih merasakan bahawa diriku tidak sempurna
sebagai seorang wanita bergelar muslimah..aku belajar dari pak cik
"goggle" jugak untuk mengenali erti wanita bergelar muslimah..suatu
hari pintu hati aku diketuk lagi..dan membuatkan aku jatuh cinta
dengan muslimah bertudung labuh.. jatuh cinta dengan sifat-sifat seorang muslimah, aku
mula menukar pakaian ku dari ketat kepada longar, tudung yang singkat
kepada labuh..dan aku berusaha menjaga iman ku..dengan selalu
beristighfar didalam hati supaya tidak menoleh lagi kebelakang..suatu
hari aku duduk dibilik dan merenungkan tentang penghijrahan ku, namun
masih lagi tidak mendapat ketenangan,..aku belajar dari pelbagai
sumber untuk mencari ketenangan dan keredhaan Allah.. pelbagai
perkara yang aku buat, aku mengaji dan membaca al-quran, suatu hari
aku bermimpi, mimpi yang sangat membuatkan aku berasa takut,
"KIAMAT", na'am aku mimpi kiamat itu mengejar-ngejar aku, api-api yang jatuh
dari langit juga hampir terkena pada tubuh ku..dengan mimpi itulah
aku kuatkan iman, dan tingkatkan penghijrahan ku, aku menjaga
aurat dari dipandang lelaki, menutup tangan ku dengan baju berlengang
panjang,..aku juga berusaha menjaga mata dari memandang perkara yang
membuatkan iman aku rosak..didalam penghijrahan ku, aku tidak lansung
mendapat sokongan dari sesiapa..kawan, sahabat, mahupun keluarga..aku
diuji dengan beberapa ujian..suatu hari kakak ku pulang kerumah,
pulang bersama suaminya iaitu bukan mahramku..aku mengenakan tudung dikepala..namun aku dketawakan oleh kakak-kakak ku mungkin kerana
pelik melihat aku sedemikian..air mata ku seperti hendak mengalir
kerana sikap keluarga ku seolah-olah mentertawakan penghijrahan
ku..namun aku diam dan terus bersabar..didalam hati ku..walaupun
tiada orang yang faham aku dan tak ada disisi aku, aku hanya percaya
bahawa “allah ada bersama orang yang sabar” aku teruskan juga
dengan apa yang telah aku belajar dari pelbagai sumber yang aku
cari..aku teruskan walau sendirian, dan sehingga sekarang aku sangat
bersyukur kerana Allah menegur aku walau hanya dengan mimpi..aku
sudah tahu menjaga aurat, lidah dan akhlak, dan aku telah dapat
merasa ketenangan dalam diri ku..alhamdullilah..dan sekarang aku
masih lagi belajar agar terus istiqamah dalam mencari redha
Allah..didalam hadis riwayat At-Tarmidzi, Ahmad dan Al- baihaqi
menjelaskan
”Apabila Allah mencintai suatu kaum, maka Dia
justru akan memberikan ujian dan cubaan kepada mereka”.. oleh
itu..untuk mendapat keredhaan Allah aku tak boleh lemah..dan demi
allah aku harus kuat, kerana dia telah menyanyangi
aku... :)
#mencariredhaAllah:)