Music DJ

Selasa, 31 Mac 2015

Saat ditegur Ar-Rahim


  بسم اللہ الرحمن الرحیم
 ......
Bacalah dengan menyebut nama tuhanmu, yang menciptakan manusia dari segumpal darah..bacalah dengan nama tuhanmu yang maha pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam, dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya..(al-alaq: 1-5)



Entri aku yang nie cuma nak berkongsi sikit tentang penghijrahanku..aku merupakan hamba yang tidak terlepas dari melakukan dosa.. gelaran "hamba" sama sekali tak layak untuk diri aku, hamba itu adalah bagi orang-orang yang tidak pernah melanggar perintahanya.. sedang aku pula..allahu..di benak hati tahu apa yang ditegah namun iman ku lemah kerana hawa nafsu ku..allahhu rabbi..dia masih menyanyangiku, dan masih memberi nikmat kepada ku..tapi diri tidak pernah bersyukur..malu aku untuk menerima segala pemberian-Nya..menunaikan solat tapi mendedah aurat, berpuasa tapi tidak menjaga lidah.. dahulunya, aku seorang yang kasar peribadinya..berlagak seakan-akan seorang lelaki..bukan itu saja, aku berpakaian juga seakan lelaki,... allah malu aku untuk menceritakan perbuatan ku disaat hidup dalam kejahilan. Entah mengapa aku boleh jadi sampai macam nie.. adakah ibadah diterima Allah.? Kerana persoalan itulah yang membuatkan aku tersedar dari menjadi mayat hidup selama ini..Suatu hari hatiku ditegur ar-rahim iaitu sifatnya yang maha penyanyang..hati diketuk bagaikan pintu yang ditendang kuat..allahamdulillah mata, hati aku terbuka untuk kembali kejalannya..aku berazam tidak lagi mengulangi apa yang pernah aku buat dulu..setiap kali aku selesai menunaikan solat aku sentiasa berdoa supaya aku terus diberi hidayah dan iman yang kuat untuk meninggalkan apa yang pernah aku lakukan..dalam penghijrahan aku perlahan-lahan belajar menutup aurat..aku meluangkan masa dengan mendengar ceramah di tv, mendengar perkara-perkara yang boleh membantu penghijrahan aku supaya aku berada di jalan yang lurus..ditelefon aku juga tidak lagi tersimpan lagu-lagu jiwang karat namun yang ada hanya surah, lagu-lagu nasyid, zikir..tapi aku masih merasakan bahawa diriku tidak sempurna sebagai seorang wanita bergelar muslimah..aku belajar dari pak cik "goggle" jugak untuk mengenali erti wanita bergelar muslimah..suatu hari pintu hati aku diketuk lagi..dan membuatkan aku jatuh cinta dengan muslimah bertudung labuh.. jatuh cinta dengan sifat-sifat seorang muslimah, aku mula menukar pakaian ku dari ketat kepada longar, tudung yang singkat kepada labuh..dan aku berusaha menjaga iman ku..dengan selalu beristighfar didalam hati supaya tidak menoleh lagi kebelakang..suatu hari aku duduk dibilik dan merenungkan tentang penghijrahan ku, namun masih lagi tidak mendapat ketenangan,..aku belajar dari pelbagai sumber untuk mencari ketenangan dan keredhaan Allah.. pelbagai perkara yang aku buat, aku mengaji dan membaca al-quran, suatu hari aku bermimpi, mimpi yang sangat membuatkan aku berasa takut, "KIAMAT", na'am aku mimpi kiamat itu mengejar-ngejar aku, api-api yang jatuh dari langit juga hampir terkena pada tubuh ku..dengan mimpi itulah aku kuatkan iman, dan tingkatkan penghijrahan ku, aku menjaga aurat dari dipandang lelaki, menutup tangan ku dengan baju berlengang panjang,..aku juga berusaha menjaga mata dari memandang perkara yang membuatkan iman aku rosak..didalam penghijrahan ku, aku tidak lansung mendapat sokongan dari sesiapa..kawan, sahabat, mahupun keluarga..aku diuji dengan beberapa ujian..suatu hari kakak ku pulang kerumah, pulang bersama suaminya iaitu bukan mahramku..aku mengenakan tudung dikepala..namun aku dketawakan oleh kakak-kakak ku mungkin kerana pelik melihat aku sedemikian..air mata ku seperti hendak mengalir kerana sikap keluarga ku seolah-olah mentertawakan penghijrahan ku..namun aku diam dan terus bersabar..didalam hati ku..walaupun tiada orang yang faham aku dan tak ada disisi aku, aku hanya percaya bahawa “allah ada bersama orang yang sabar” aku teruskan juga dengan apa yang telah aku belajar dari pelbagai sumber yang aku cari..aku teruskan walau sendirian, dan sehingga sekarang aku sangat bersyukur kerana Allah menegur aku walau hanya dengan mimpi..aku sudah tahu menjaga aurat, lidah dan akhlak, dan aku telah dapat merasa ketenangan dalam diri ku..alhamdullilah..dan sekarang aku masih lagi belajar agar terus istiqamah dalam mencari redha Allah..didalam hadis riwayat At-Tarmidzi, Ahmad dan Al- baihaqi menjelaskan ”Apabila Allah mencintai suatu kaum, maka Dia justru akan memberikan ujian dan cubaan kepada mereka”.. oleh itu..untuk mendapat keredhaan Allah aku tak boleh lemah..dan demi allah aku harus kuat, kerana dia telah menyanyangi aku... :)


#mencariredhaAllah:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan