Music DJ

Selasa, 26 Julai 2016

#short story 2

#26/7/16
Hari nie selasa perut aku teringin nak makan cucur kodok..dah lama aku tak makan kuih tu..selepas tamat kelas petang aku dan rakan ku keluar pergi pasar..sambil berjalan aku menceritakan tentang masalah aku..sungguh aku rasa begitu serabut..sterss dengan masalah yang menimpa..sampai di gerai, mataku mencari cucur kodok..alahai..bukan rezeki ku hari nie..kuih tu tak ada.."payung mak cik sebelah tu terbang masa dia meniaga dekat pasar malam semalam, itu yang mak cik tu tak buka hari ni.." kata makcik jual lauk tu.."oohh.." dalam hati ku, tak apa in shaa Allah minggu depan ada..kami sambung perjalanan pergi ke kedai depan untuk beli barang masak..leka membeli barang, aku ternampak roomate ku berjalan dengan rakan kelas ku juga..seungguh mesra dia..kami hanya berbalas senyuman..:) petang menghampiri..aku pulang bersama rakan ku..tadi di gerai aku hanya beli lauk bungkus untuk makan malam..sampai di bilik aku segera solat asar, jam pula hampir 6.30..menanti roomate ku masih belum pulang..perut ku pula sudah mula berbunyi kerana dari pagi aku belum menjamah sedikit makanan..setelah itu, aku keluar pergi ke bilik rakan ku dengan membawa latop, dan lauk yang dibeli..aku keluar tanpa meninggalkan pesan atau nota..sampai dibilik rakan ku, aku terus menjamu selera nasi putih berlaukan ayam masak merah..selesai makan aku terus membuka latop dan sambung buat kerja ku...nasi masih lagi belum sempat dihadam..tiba-tiba pintu bilik diketuk kuat..akak killa ketuk pintu bagaikan orang di kejar pencuri..kami didalam sungguh terkejut.."tolong turun..ada pelajar.........**" darah mengalir dalam badan ku mendengar nama yang disebut..,nasi yang belum dihadam terasa ingin keluar semula..aku segera mencapai tudung dan berlari melihat roomate ku..keadaannya terbaring dan dikelilingi ramai pelajar......
tiba-tiba...

Jumaat, 1 Julai 2016

#Ukhwah cermin muhasabah diri..




Adakalanya kita berasa suka, adakalanya kita akan berasa sedih..dalam dunia nie Allah anugerahkan pelbagai nikmat untuk kita..Allah anugerahkan kawan yang memberi keseronokan dalam hidup, Allah beri kawan yang memberi kemarahan pada kita..sedar tak kita kenapa Allah beri ujian macam nie..terkadang Allah nak uji kita bagaimana nak menjalinkan ukhwah yang mantap, ukhwah yang kekal hingga ke jannah..sebab itulah hadir pelbagai ragam yang kita jumpa..hari nie kita ok je dengan kawan kita..tup-tup..esok masam muka..lepastu baik..esok..masam muka..terkadag kita sendiri tak sedar kenapa boleh jadi macam nie...mmm..kadang-kadang kita merasa diri kita lebih baik dari kawan kita..kadang-kadang kita bergurau sampai menyentuh hati kawan kita, tapi kita tak perasan.perkara tu berlaku.. kadang kita berburuk sangka pada kawan kita..kadang apa yang dia buat itu tak kena, ini tak kena dimata kita

Mungkin kita perlu luangkan masa untuk muhasabah diri memperbaiki semula ukhwah yang pernah terjalin..yang mana manis pernah dirasai bersama kawan-kawan kita..renung-renungkanlah diri..terkadang kita tak perasan melalui ujian ini mungkin terselit kesilapan yang mungkin kita pernah lakukan..kadang Allah memberi balasan tanpa manusia sedar..kalau kita sedar cepat-cepatlah beristigfar kepada Allah, mudah-mudahan diampunkan segala dosa dan kesalahan yang pernah dilakukan. Kadang melalui kesilapan kecil boleh membuatkan dosa kita merebak menjadi besar..sama juga ibarat satu penyakit..iaitu penyakit hati..penyakit hati sememangnya bahaya..hati di dalam boleh melibatkan merebak hingga lidah kita..Hati-hati ye.. 😏😊

Mengenal diri atau muhasabah diri meliputi kelebihan, kekuatan, potensi, kekurangan, kelemahan, keaiban dan apa jua perkara berkaitan diri kita. Muhasabah adalah amalan mulia para Nabi dan Rasulullah serta para insan yang bijaksana.

 Rasulullah saw juga melihat cermin. Satu Sunnah apabila melihat cermin adalah dengan niat beserta doa yang diajar oleh Rasulullah saw iaitu;
 “Allahumma kama hassanta khalqi, fa hassin khuluqi.” 
 (Ya Allah sebagaimana Engkau telah mencantikkan kejadianku (rupaku), maka cantikkanlah juga akhlakku).  
 [Hadith Ahmad dan Ibnu Hibban]

Apa yang lebih penting apabila merenung di dalam cermin adalah apakah wajah dan keterampilan yang cantik itu diiringi dengan akhlak yang baik, hati yang bersih dan amal yang bermanfaat. Elakkan hanya mencari keburukan atau kecacatan zahir tetapi belajarlah untuk mendidik diri menilai kelemahan yang ada pada diri dan berusaha untuk memperbaiki dan berubah.

Antara kelemahan yang perlu diberi perhatian dalam diri seseorang adalah mungkinkah hati  terlepas dari sifat suka bersangka buruk, dengki dan iri hati, tamak, bercakap perkara sia-sia dan mencari apa yang masih belum sempurna sebagai seorang muslim yang baik.

Renunglah adakah sifat kita, akhlak kita menunjukkan sifat-sifat positif dan baik yang boleh menjadi contoh kepada orang lain. Seperti sentiasa bermanis muka bila dipandang orang, menjaga syariat, ikhlas dalam perbuatan, bercakap hanya yang membawa kebaikan dan berfaedah, bersabar menghadapi ujian dan semua sifat yang membawa kepada cinta Allah. Selain berusaha memperbaiki diri, apabila melihat cermin, mohonlah moga Allah swt mengekalkan keindahan ciptaan Allah dan kebaikan yang ada pada diri kita. Menurut Ustaz Muhammad, elakkan  sifat “perasan” atau merasai diri lebih bagus daripada orang lain dan sombong dengan keindahan dan kecantikan yang ada. Riak itu adalah syirik kecil yang perlu sentiasa diawasi dalam diri. AWAS..

Kesimpulannya, seseorang insan itu perlu sentiasa sedar bahawasnya setiap kebaikan yang ada pada diri kita hanyalah kerana Allah swt memberi hidayah dan rahmat buat kita dan kita perlu sentiasa berusaha untuk mengekalkan kebaikan yang ada. Yang penting adalah bukan semata-mata bagaimana sifat kita hari ini tetapi adakah kita akan berjaya mengekalkannya hingga akhir hayat. Kalau ada sifat macam nie dalam diri..segerakanlah jauhkannya dari hati kita..mudah-mudah diri kita sentiasa dipelihara dan ukhwah terus kekal hingga ke jannah..Aamiin..



Ahad, 22 Mei 2016

الله تعلي

بسم الله الرحمن الرحيم
..
Ujian satu keperitan namun terdapat kebahagiaan didalamnya. Penghijrahan itu merupakan suatu peralihan cara hidup yang kemudiannya akan memberi kesan pada masa hadapan. Hijrah itu sinonim dengan perkara yang akan membawa seseorang itu ke arah kebaikan bukan sebaliknya. Setiap keputusan untuk melakukan penghijrahan itu datangnya daripada hati yang inginkan kebaikan dalam diri atau ingin memperbaiki diri.
Bagaimanakah penghijrahan dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain itu boleh memberi kesan yang baik dalam kehidupan? Pada zaman Rasulullah s.a.w., Rasulullah diberi perintah oleh Allah s.w.t. untuk berhijrah ke Madinah, dan perintah itu ditaati semata-mata kerana Allah s.w.t.. Ancaman oleh orang-orang kafir di tempat Baginda s.a.w., iaitu di Mekah bukanlah sebab utama penghijarahan itu berlaku, tetapi atas perintah Allah s.w.t. yang pasti banyak hikmah yang akan mendatangkan keuntungan kepada seluruh umat Islam secara keseluruhannya.

Keperitan itu dirasai ketika memulakan penghijrahan, namun kebahagiaan yang diimpikan pasti sedang menunggu jika penghijrahan itu dilakukan dengan  niat yang baik. Penghijrahan itu tidak akan berlaku seandainya keadaan pada waktu ini sudah aman, tenteram dan damai (dalam banyak aspek kehidupan). Tercetusnya tindakan seseorang itu untuk  berhijrah adalah disebabkan oleh kurangnya rasa bahagia di dalam hidupnya kini. Demi menuju kebaikan diri dan umat khususnya, maka hati yang benar-benar ingin mencari kebaikan di dunia ini pasti menjadi pemangkin seseorang itu untuk berhijrah demi menuju kebaikan.

Sahabat yang sedang membaca post ini.. sesungguhnya apa yang telah kita miliki itu bukanlah sesuatu yang perlu dipertikaikan lagi, kerana pasti, apa yang telah dimiliki oleh kita sekarang ini merupakan suatu ujian, iaitu ia akan mencerminkan diri kita sama ada kita mampu atau tidak untuk menghadapi ujian itu, walau apapun bidang yang diceburi di dalam dunia ini. Peluang itu berada di mana-mana sahaja, sama ada peluang untuk melakukan kebaikan atau peluang untuk melakukan keburukan, dan pelbagai lagi peluang yang sentiasa terbuka untuk diceburi di dunia ini. Sesungguhnya Allah s.w.t. telah berfirman dalam surah Al-Baqarah pada ayat terakhir;

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya.”

Jika apa yang kita ada sekarang ini telah kita yakini bahawa ia merupakan suatu ujian daripada Allah s.w.t., maka mengapa melakukan penghijrahan? Adakah ingin lari daripada ujian Allah s.w.t.? Jika dahulu penghijrahan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda ke Madinah merupakan perintah daripada Allah s.w.t., maka adakah manusia pada zaman sekarang ini tidak boleh berhijrah kerana tiada perintah terus daripada Allah s.w.t. seperti hal penghijrahan Baginda s.a.w? Kita melihat penghijrahan Nabi s.a.w. itu sebagai sesuatu yang telah terjadi dan telah kita ketahui kesannya, maka daripada itu kita melihat apakah makna sebenar penghijrahan. Penghijrahan yang kita fahami daripada peristiwa penghijrahan Nabi s.a.w. merupakan suatu perkara yang membincangkan hal hijrah yang lengkap dalam aspek kehidupan seharian. Dalam kehidupan kita, ada hijrah yang dilakukan secara semula jadi atas usaha yang telah kita usahakan. Manakala ada penghijrahan yang dilakukan tanpa keadaan yang semula jadi, dan hijrah ini merupakan hijrah yang memeritkan diawalnya. Ia perit jika tindakan kita itu dinilai kesannya dengan penilaian yang berkaitan tentang perkara keduniaan, bukan penilaiaan yang bersandarkan keakhiratan. Penghijrahan itu suatu perkara yang berat, setiap perkara yang dirasakan berat itu merupakan suatu bebanan, setiap bebanan yang kita rasai pula merupakan suatu ujian yang datang daripada Allah s.w.t.. Setiap ujian Allah s.w.t. itu bertujuan untuk mengesan keimanan dan ketaqwaan kita kepada-Nya, setiap ujian yang kita hadapi itu hanya bertujuan untuk kebaikan diri kita, jika bukan di dunia, maka di akhiratlah kebaikan itu muncul. Sesungguhnya, hanya insan-insan yang sedar akan ujian itu diberikan kepadanya sahaja yang akan memahami bahawa ia bertujuan untuk kebaikan. Atas kesedaran itu, maka muncul pula tindakan untuk menggapai kebaikan di sebalik ujian yang dihadapi. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya, hikmah itu perlu dicari, pencariannya haruslah bersama kesedaran yang mengiringi, dan setiap kesedaran itu harus berteraskan aqidah yang betul dan hakiki di sisi Allah s.w.t..

wallahu'alam  
   

اِنَّ صَلاَ تِيْ وَنُسُكِيْ وَمَحْيَ يَ وَمَمَا تِيْ لِلَّهِ رَبَّ الْعَا لَمِيْنَ 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjN32JCR0bRmpXr1tRRGKQ6C7GoznsfVOtbHaXGXuTB98F90_dc712ebn7RyW4BKd5zTYZEErPRdbIGbWsW1qj1Oxrft7F5GXqmepKTAt5kqwAMIL7p_ByRt9zFZeC9KbeAM72euRS5IlTN/s1600/13046288_1060281004035995_1826785864_n.jpg.
 innallah ma'aana


Khamis, 5 Mei 2016

#jangan HINA orang


  Guru kami menceritakan kepada kami. 
1 Saya dulu,mase tengah belajar. Saya cube sungguh2 untuk mengambil wuduk dgn 1 mud (500 ml  
   air shj). Kerana ingin ikot sunnah. Dan Saya pernah memandang sinis kepada org yg berwuduk  
   dengan air yg amat banyak. Selepas itu saya diuji dgn penyakit was2.
2 Saya pernah memandang sinis seorang yang tidak berjemaah subuh di masjid. Selepas itu, saya 
   diuji dengan tidak mampu solat subuh di masjid selama setahun. Walaupon saya sudah tidor   
   seawal yg mungkin untuk bangun solat berjemaah di masjid. 

Sabtu, 23 April 2016

Kisah iblis ketika dilaknat

Bismillahirahmanirahim..
Kisah bagaimana Allah s.w. telah melaknat iblis yang dahulunya sangat taat dengan perintah-Nya..Iblis yang merupakan musuh bagi umat manusia, sepanjang hidup Iblis sudah bersumpah kepada Allah bahwa ia akan berusaha untuk menyesatkan anak cucu Adam yang jauh dari jalan Allah agar mereka menjadi pengikutnya dan menjadi orang-orang yang tersesat. Untuk itu, marilah kita lebih mendekatkan diri kepada Allah s.w.t agar kita tidak termakan hasutan oleh tipu daya Iblis..

sebelum nabi Adam a.s diciptakan, Iblis merupakan makhluk yang mulia disisi Allah dan merupakan salah satu makhluk yang paling di hormati para Malaikat. Kasih sayang Allah terbesar kepada Iblis adalah bahwa yang pertama dia telah mendapatkan taufik untuk menyembah Allah s.w.t. Yang kedua kerana ibadahnya yang banyak, dia dimasukkan ke dalam kumpulan para malaikat. Dan sebaik-baik pertolongan Allah kepadanya adalah ia menjadi teman pendamping para malaikat sehingga dapat memahami keindahan, kesucian dan kebersihan mereka..

Mulianya Iblis pada masa itu, dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa Iblis itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, lalu langit yang kedua disebut az-Zahid, kemudian langit ketiga namanya disebut al-Arif, pada langit keempat namanya adalah al-Wali, pada langit kelima namanya disebut at-Taqi, pada langit keenam namanya disebut al-Kazin, dan pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz (Lauhul Mahfudz) namanya ialah Iblis.

Dikisahkan Iblis dulunya juga adalah ahli ibadah yang tidak pernah membangkang dan mengeluh terhadap perintah-perintah Allah. Ia pernah bersujud kepada Allah selama 1000 tahun lamanya dan ia sangat giat dalam beribadah..
Iblis pernah menjadi Sayyidul Malaikat iaitu (Penghulu atau Pemimpin Malaikat), dan Khozinul Jannah (Bendahara Surga). Namun, lama-kelamaan Iblis menjadi sombong dan angkuh. Ia menganggap bahwa dirinya adalah makhluk yang paling tinggi darajatnya di antara makhluk-makhluk Allah yang lain.

Hingga pada suatu ketika Allah telah menciptakan Adam sebagai manusia, maka Allah memerintahkan Iblis untuk bersujud kepada Adam, lalu Iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam dari pada tanah.". Kemudian Allah berfirman kepada Iblis, "Aku membuat apa yang Aku kehendaki."

Oleh kerana iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka dia tidak sujud kepada Adam kerana ia merasa bangga dan sombong. Dia berdiri tegak hingga malaikat selesai bersujud. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati Iblis tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud..Maka para malaikat bersujud kembali untuk kali kedua kerana bersyukur, tetapi Iblis telah dirasuki oleh sifat angkuh dan sombong tetap tidak sujud. Dia berdiri tegak dan berpaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikuti mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas pembangkangannya terhadap perintah Allah.

Kemudian Allah merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah ke bentuk hina yang menyerupai babi hutan..Allah membentuk kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya..Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.

Setelah itu, lalu Allah mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi, Allah s.w.t telah melaknatnya hingga hari kiamat kerana dia menjadi kafir..
Meski Iblis pada sebelumnya sangat indah, sempurna rupanya, mempunyai sayap empat, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat , dan juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan baginya.
Ketika Allah membalas tipu daya iblis, maka menangislah Malaikat Jibril dan Mikail. Lalu Allah s.w.t berfirman kepada para Malaikat, "Apakah yang membuat kamu menangis?", lalu mereka menjawab, "Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu.". Kemudian Allah s.w.t kembali berfirman kepada Malaikat, "Begitulah Aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaKu.".
Setelah dihalau keluar dari syurga, maka Iblis berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu." Lalu Allah berfirman pada Iblis, "Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum." Berkata lagi iblis, "Tambahkanlah lagi untukku." Allah berfirman, "Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya.".

Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Lalu Allah berfirman, "Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah.". Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." maka Allah berfirman lagi yang bermaksud, "Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan mereka pada harta, yaitu mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram. Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama/bersetubuh dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik/menyesatkan mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka."

seperti yang disebutkan dalam surah al-Israk ayat 64(juz 15) yang ertinya:

"Dan gerakanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau, dan kerahkanlah terhadap mereka askar engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan bersyarikatilah mereka pada harta dan anak-anak dan janjikanlah kepada mereka. Tidak yang dijanjikan syaitan kepada mereka melainkan semata-mata tipuan." [QS. Al-Isra ayat 64]

Sebelum dilaknat Allah, Iblis pernah melakukan tugas-tugas yang diperintahkan Allah kepadanya iaitu:

1.Iblis sebagai penjaga surga dalam kurun waktu 40.000 tahun.
2.Iblis pernah hidup bersama bergabung dengan Malaikat selama 80.000 tahun.
3.Iblis diangkat menjadi penasehat Malaikat selama 20.000 tahun.
4.Iblis menjadi pemimpin malaikat karobiyyun dalam waktu 30.000 tahun.
5.Iblis melakukan thowaf (mengelilingi) arasy bersama para
malaikat dalam waktu 14.000 tahun.

Jadi, keseluruhan Iblis beribadah melakukan semua perintah Allah dalam kurun waktu 185.000 tahun lebih. Selama dalam ibadahnya seperti kita umat Islam, melakukan solat, puasa, tawaf dengan para malaikat (mengelilingi baitul makmur di Arsy).
Iblis tidak merasa lelah dan mengeluh dalam menjalankan perintah Allah yang mulia ini. Iblis menjalankan dengan ikhlas, tidak ada niat apapun kecuali kerana Allah semata.
Pada masa itu malaikat dan lainnya memberi gelar kepada Iblis Al A'ziz (makhluk Allah yang termulia), ada yang memberi gelar A'zazil (panglima besar malaikat).

Menurut kitab tafsir Munir dan Showi, Iblis beribadah pada Allah dalam masa 80.000 tahun, tawaf di baitul Makmur dan Arsy selama 14.000 tahun. Oleh kerananya dilangit pertama sampai ketujuh Iblis begitu dihormati oleh para Malaikat.

Malaikat di penjuru alam semesta, dari bumi, langit, baitul makmur, arsy, dan sebagainya, mereka semua menghormati pada Iblis sebagai makhluk Allah yang terhormat dan termulia, sehingga bila Iblis lewat di depan para malaikat, maka malaikat menghormati pada Iblis, bagaikan penghormatan prajurit kepada komando, pengawal istana kepada raja, sehingga terhormatlah nama Iblis di penjuru alam.

Namun sayang, di luth mahfudz, tulisan Iblis terselubung rapi namun tidak satupun makhluk yang tahu kecuali Allah, tertera Al-kafir Al-mal'un iaitu sikap (Iblis inkar terkutuk). Dalam sumber lain, Iblis pada mulanya bernama Azazil dan tinggal di bumi. Azazil adalah jin yang taat kepada Allah dan memang Iblis sebenarnya adalah dari golongan Jin seperti pada firman Allah,

"Dan ketika kami berkata kepada para malaikat: 'Sujudlah kepada Adam,' lalu mereka sujud kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan Jin, lalu dia menderhakai perintah Tuhannya" [QS. Al-Kahfi ayat 50] (Juz 15)

Dia menyembah Allah selama 1000 tahun, lalu Allah s.w.t mengangkatnya ke langit pertama. Di langit pertama, Azazil beribadah menyembah Allah selama 1000 tahun. Kemudian dia diangkat ke langit kedua, begitu seterusnya hingga akhirnya dia diangkat menjadi imam para malaikat.
Apa pun perintah Allah kepada malaikat juga adalah perintah baginya, kerana dialah imam para malaikat yang memimpin malaikat. Azazil adalah imam dari seluruh malaikat (Al-muqorrobun, imamul jami'il malaikat).
Ada riwayat yang menyatakan Azazil beribadah kepada Allah selama 80.000 tahun dan tiada tempat di dunia ini yang tidak dijadikan tempat sujudnya ke hadirat Allah SWT.

Dalam satu riwayat menceritakan, malaikat Israfil melihat apa yang tersirat di Luht Mahfuzd..iaitu ada tercatat satu suratan yang berbunyi: "Adanya satu hamba Allah yang beribadah selama 80.000 tahun tetapi hanya kerana satu kesalahan, maka ibadah hamba itu tidak diterima Allah dan hamba itu terlaknat sehingga hari Kiamat.".
Maka menangislah Israfil kerana bimbang makhluk yang tersurat di Luht Mahfuzd itu adalah dirinya. Maka diceritakanlah Israfil kepada segala malaikat pengalamannya melihat apa yang tersurat di Luth Mahfuzd.

Maka menangislah sekelian para malaikat kerana takut dan bimbang dengan nasib mereka. Lalu semua malaikat datang menemui Azazil yang menjadi imam para malaikat, agar Azazil mendoakan keselamatan dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat.
Azazil pun mendoakan keselamatan di dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat dengan doa: "Ya Allah, janganlah Engkau murka terhadap mereka (para malaikat)." Namun, Azazil lupa untuk mendoakan keselamatan untuk dirinya. Setelah mendoakan semua para malaikat, Azazil terus menuju ke syurga. Di atas pintu syurga, Azazil terlihat suratan yang menyatakan: "Ada satu hamba dari kalangan hamba-hamba Allah yang muqarrabin yang telah diperintahkan Allah untuk membuat satu tugasan, tapi hamba tersebut mengingkari perintah Allah. Lalu dia tergolong dalam golongan yang sesat dan terlaknat."

Rabu, 13 April 2016

Rindu, aku, :'(







Rindu aku..
kau disamping ku..
 saat ini kita berdua
saling menjaga diantara kita..

Rindu aku..
kau hadir disini..
saat ini kita berdua
saling mendoa kepada ilahi..

Dijalan-Nya kita tuju ampunan-Nya
kita bersama kan mengapai rahmat-Nya

Ini cinta-Nya 
kita kan tuju  ampunan-Nya
kita bersamakan meraih redha-Nya

Kita kan bercerita..
saling berbagi rasa
berbagi suka cita kita bersama
saling menasihati di dalam kebenaran dan kesabaran..

*semoga Allah melindungimu sentiasa..:)

Jumaat, 1 April 2016

Tiada tuhan melainkan ALLAH S.W.T

بسم اللہ الرحمن الرحیم
Jauh merantau dalam bumi mencari jawapan untuk merungkai satu persoalan hidup sebagai umat islam..
" mengapa kamu percaya bahawa Allah itu wujud, sedangkan kita tidak pernah lihat Allah..?"
namun inilah yang aku temui..
Sesuatu yang tidak nampak itu tidak semestinya tiada, sekiranya kita berdiri di tempat tinggi atau lapang, tiada apa di sekeliling hanya saujana mata memandang. Tentu kita berasa nyaman dan berangin.
Adakah kita nampak angin tersebut? Tentu tidak bukan..?

Kemudian cuba fikir apabila gula dan garam dilarutkan ke dalam segelas  air jernih..
Adakah kita nampak manis dan masin air tersebut?

Manis dan masin itu wujud dan boleh dirasa, tapi adakah kita boleh melihatnya? Begitu juga dengan kewujudan Allah s.w.t.. Allah itu wujud dan kita boleh rasa nikmak pemberian-Nya, tapi kita tidak boleh nampak Allah s.w.t.. 
Bagaimana ingin melihatnya..beriman dan bertaqwalah pada-Nya, bukan sekadar nikmat yang kita akan rasa malah dapat melihat-Nya di akhirat kelak..in shaa Allah..

p/s:syukran syafiqolbu;)
*fikir-fikir dan renung-renungkanlah...wallahu'alam..

Khamis, 31 Mac 2016

Wahai pemilik hati



بسم اللہ الرحمن الرحیم

Rindu itu tidak dapat dilafazkan kerana kasih ini dibawah lembahyung rahmat-Nya, rindu itu tidak boleh diucapkan kerana aku memiliki kehormatan diri, kerana hati ini milik-Nya..hati ini milik-Nya..hati ini milik-Nya..

Aku hanya sebutir mutiara yang mampu menunggu di sebuah persimpangan...menunggu..menunggu...dan menunggu untuk dilamar..atau melamar...dilamar ajal mahupun jodoh namun tetapkanlah keredhaan dalam jiwa ini..kerana cinta ini tidak dapat ku berikan..hanya engkau penantian ku dipersimpangan..penantian ku adalah satu harapan namun tak terucap kerana keimanan..cekalku kerana kesetiaan janji-Mu di taman syurga, sabarku kerana nikmat-Mu yang tidak ternilai,..



Kerana-Mu Lillahi ta'ala

بسم اللہ الرحمن الرحیم 

sekali pun cinta itu diucapkan dan ku jelaskan panjang lebar, namun aku jadi malu dengan ucapkan ku sendiri..meski pun lidah ku telah uraikan tentang perasaan ku, ternyata cinta ku lebih tenang dengan cinta-Nya yang di jemput dari hati..kerana-Mu adalah AR-Rahim, dan kerana-Mu Lillahi Ta'ala
 https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=7824603864075327655#editor/target=post;postID=2164570520870249852