Adakalanya kita berasa suka, adakalanya kita akan berasa sedih..dalam
dunia nie Allah anugerahkan pelbagai nikmat untuk kita..Allah anugerahkan kawan yang memberi keseronokan dalam
hidup, Allah beri kawan yang memberi kemarahan pada kita..sedar tak kita kenapa Allah beri ujian macam nie..terkadang Allah nak uji kita bagaimana nak menjalinkan ukhwah yang mantap, ukhwah yang kekal hingga ke jannah..sebab itulah hadir pelbagai ragam yang kita jumpa..hari nie kita ok je dengan kawan kita..tup-tup..esok masam muka..lepastu baik..esok..masam muka..terkadag kita sendiri tak sedar kenapa boleh jadi macam nie...mmm..kadang-kadang kita merasa diri kita lebih baik dari kawan kita..kadang-kadang kita bergurau sampai menyentuh hati kawan kita, tapi kita tak perasan.perkara tu berlaku.. kadang kita berburuk sangka pada kawan kita..kadang apa yang dia buat itu tak kena, ini tak kena dimata kita
Mungkin kita perlu luangkan masa untuk muhasabah diri memperbaiki semula ukhwah yang pernah terjalin..yang mana manis pernah dirasai bersama kawan-kawan kita..renung-renungkanlah diri..terkadang kita tak perasan melalui ujian ini mungkin terselit kesilapan yang mungkin kita pernah lakukan..kadang Allah memberi balasan tanpa manusia sedar..kalau kita sedar cepat-cepatlah beristigfar kepada Allah, mudah-mudahan diampunkan segala dosa dan kesalahan yang pernah dilakukan. Kadang melalui kesilapan kecil boleh membuatkan dosa kita merebak menjadi besar..sama juga ibarat satu penyakit..iaitu penyakit hati..penyakit hati sememangnya bahaya..hati di dalam boleh melibatkan merebak hingga lidah kita..Hati-hati ye.. 😏😊
Mengenal diri atau muhasabah diri meliputi kelebihan, kekuatan, potensi,
kekurangan, kelemahan, keaiban dan apa jua perkara berkaitan diri kita.
Muhasabah adalah amalan mulia para Nabi dan Rasulullah serta para insan
yang bijaksana.
Rasulullah saw juga melihat cermin. Satu Sunnah apabila melihat cermin
adalah dengan niat beserta doa yang diajar oleh Rasulullah saw iaitu;
“Allahumma kama hassanta khalqi, fa hassin khuluqi.”
(Ya Allah sebagaimana Engkau telah mencantikkan kejadianku (rupaku), maka cantikkanlah juga akhlakku).
[Hadith Ahmad dan Ibnu Hibban]
Apa yang lebih penting apabila merenung
di dalam cermin adalah apakah wajah dan keterampilan yang cantik itu
diiringi dengan akhlak yang baik, hati yang bersih dan amal yang
bermanfaat. Elakkan hanya mencari keburukan atau kecacatan zahir tetapi
belajarlah untuk mendidik diri menilai kelemahan yang ada pada diri dan
berusaha untuk memperbaiki dan berubah.
Antara kelemahan yang perlu diberi
perhatian dalam diri seseorang adalah mungkinkah hati terlepas dari
sifat suka bersangka buruk, dengki dan iri hati, tamak, bercakap perkara
sia-sia dan mencari apa yang masih belum sempurna sebagai seorang
muslim yang baik.
Renunglah adakah sifat kita, akhlak kita
menunjukkan sifat-sifat positif dan baik yang boleh menjadi contoh
kepada orang lain. Seperti sentiasa bermanis muka bila dipandang orang,
menjaga syariat, ikhlas dalam perbuatan, bercakap hanya yang membawa
kebaikan dan berfaedah, bersabar menghadapi ujian dan semua sifat yang
membawa kepada cinta Allah. Selain berusaha memperbaiki diri, apabila melihat cermin, mohonlah moga
Allah swt mengekalkan keindahan ciptaan Allah dan kebaikan yang ada pada
diri kita. Menurut Ustaz Muhammad, elakkan sifat “perasan” atau
merasai diri lebih bagus daripada orang lain dan sombong dengan
keindahan dan kecantikan yang ada. Riak itu adalah syirik kecil yang
perlu sentiasa diawasi dalam diri. AWAS..
Kesimpulannya, seseorang insan itu perlu sentiasa sedar bahawasnya setiap kebaikan yang
ada pada diri kita hanyalah kerana Allah swt memberi hidayah dan rahmat
buat kita dan kita perlu sentiasa berusaha untuk mengekalkan kebaikan
yang ada. Yang penting adalah bukan semata-mata bagaimana sifat kita
hari ini tetapi adakah kita akan berjaya mengekalkannya hingga akhir
hayat. Kalau ada sifat macam nie dalam diri..segerakanlah jauhkannya dari hati kita..mudah-mudah diri kita sentiasa dipelihara dan ukhwah terus kekal hingga ke jannah..Aamiin..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan